Wednesday, April 29, 2009

Sape ada idea nak bagi nama apa kat anak-anak baru aku?

Aiyoh, very the tired la me.. deymn tired...

Last weekend i went for a trip to Siantar (i'll story more in my next entry). Yesterday i stayed up for nothing.. because i was playing online games til morning!!

Sleepy. Tired.

Very sleepy. My head is numb now. I feel like the pillows and stuffy bears are calling me softly, and wanting me to hug them and ask me to crawl slowly into my big blanket... and dream nicely..

aiyohhh.. go to sleep la Qeen! Go, go!

But wait, havent i share the most important story of the day which remarks as my happy day! Wanna know why..???

It's becauuuseee... i finally got a big aquarium along together with water-filter, oxygen pump, the accesories like sand, marbles and corals, and colour-lamp as well!

Thank you for my beloved darling mucuk2 yet chubby and huggable and wangi always baby, Latiff... for buying me a pair of lionhead baby goldfishes again. AGAIN? Yeah, again! Last time when he bought me a single lionhead goldfish, i sent it back to him as i dont have water-filter and the job to clean up the water almost everyday is very tiring and awful (trust me!).. i had to pass my darling Flyer a.k.a the BIG lionhead goldfish to latiff for a while as latiff's aquarium is well-equipped with all the practical things needed. hehe.

Today, i can have a pet again! Aiyooo... the babies are so cute! Im no more sleeping alone in room and can always have company every night! yeayy!

BIG thank you for you...
BIG sayang only for you...
BIG mmuah,mmuah, mmuahh for you...
With lots of love, kasih and sayang...

Friday, April 24, 2009

Pembantu rumah kejam!



Aduhai, betapa kejamnya pembantu rumah dalam video tersebut. Sesuka hati beliau je nak sepak anak orang. Tarik dan hempas budak kecik tu ke lantai, kemudian pijak dan berdiri di atasnya. Video ni aku dapat dari sini.

Haishhhh!! Tersentap jiwa ni tengok tau! Kejam giler tau dia buat kat budak kecik mcm tu. Korang tengokla macam mana budak tu after dah kena sepak dan terjatuh, dia try nak menghindar dari maid tu, tapi malangnya, mungkin maid tu masih geram, dia gi tarik dan tolak ke lantai.

Memang babi la housemaid tu!

Aku ada dua adik kecik kat rumah. Nakal mereka, na'uzubillah lah.. tapi nakal mereka kita ada rasa sayang dan rindu kat diorang. Sayang sampai rasa nak peluk-peluk dan penyet-penyet badan chubby diorang. Bukannya nak lenyek2 guna kaki macam maid ni buat. Sumpah aku rasa macam nak humban housemaid kurang hajar tu ke dalam longkang busuk tepi kediaman aku sekarang.

Nasib baik majikan ada letak CCTV kat rumah. Dapat gak tengok (dan bukti sekaligus) macam mana anak dia kena dera. Ya Allahh... kesian budak kecik tu! Kalau aku mak budak tu, mesti aku dah histeria dan on the spot pegi cekik2 maid tu sampai dia takleh nafas, lepas tu aku akan bagi dia rasa sebijik camner dia seksa anak aku!

haish, emo pulak.

Geram!

Sunday, April 19, 2009

Jangan salahkan aku

Mood: Sedang kawal marah.
Suhu badan: 45 darjah Celcius.
Suhu persekitaran: 60 darjah Celcius (melampau tu. Tipu je)

Plan kitorang ialah main futsal dari jam 4pm hingga 6pm. Aku dah excited sampai tak kisah betapa teriknya matahari jam 4pm, aku datang gak.

Tapi keseronokkan bermain futsal tu terganggu dek lelaki-lelaki kampungan yang lepak di luar gelanggang futsal dan memerhatikan kitorang bermain. Aku tak tahu di manakah terletaknya mentaliti mereka sehingga mereka tidak tahu menghormati privacy orang lain dan bertindak sewenang-wenangnya mempersendakan kami.

Masa kami mula-mula melangkah masuk ke perkarangan futsal sahaja dah disorak dengan penuh kesakaian oleh lelaki-lelaki dasar kampungan tu. Almaklumlah, semua culture shock. Tak pernah melihat perempuan main futsal. Semua jadi hairan.

Tapi mereka ni, semakin hairan, semakin hilang etika sosial mereka. Satu-satu transform berubah menjadi beruk mat yeh miang.

Asal kitorang jalan sikit, diorang sorak. Kitorang sepak bola je, diorang sorak dan memanggil dengan panggilan yang kurang menyenangkan. Aku tak faham kenapa mereka tak boleh bersikap sebagai gentleman dan perhatikan sahaja permainan kami dengan machonya. Tengok lah diam-diam, maka kami akan merasa seperti dihormati. Tapi ini tidak. Macam monyet. Diulangi, semuanya umpama monyet yang terlepas dari zoo dan baru pertama kali melihat dunia.

Kami perasan ramai di antara mereka yang duduk di luar court mengangkat handset masing-masing dan merakamkan aksi kami. Entah kamera, entah video. Tapi yang pasti, handsetnya bergerak seiring pergerakan kami. Ini bukan kejadian pertama yang kami alami. Tak cukup merakam, mereka akan panggil kami sesuka hati mereka dan menjadikan kami bahan untuk mereka ketawa.

Kebetulan hari ini sangat panas. Sikap mereka pun lebih melampau berbanding hari-hari sebelumnya. Kami stop bermain dan mula confront mereka.

Sebelum itu mereka sempat mempersendakan lagi kami setelah melihat kitorang marah tapi tak mampu berbuat apa-apa. Mereka mengejek-ejek kami dengan mengatakan kami ni tak mahu di-expose rupanya. Perasan kena tangkap foto la. Setengah jam bermain kami masih mampu bersabar. Setengah jam kemudiannya, semua stop. Aku dah rasa macam nak hentakkan kepala hotak mereka pada jalan raya belum berturap yang penuh batu-batu kerikil sebesar telur ayam. *pergh, ayat*

Handset mereka diperiksa dan mereka meminta maaf (dipendekkan cerita).

Sememangnya di Indonesia merupakan perkara yang janggal sekiranya perempuan bermain futsal. Bagi mereka itu hanya permainan kaum lelaki. Tetapi, apa lah salahnya sekiranya mereka tahu bersikap saling menghormati dan jaga adab masing-masing. Hendak bergurau pun biarlah kena pada tempatnya dan jaga batasan. Janganlah hanya kerana seorang berperangai seperti beruk yang gatal anunya, yang lain-lain pun kami cop berperangai serupa.

Aku tahu, bukan semuanya kurang ajar. Ramai di antara mereka terdiam dan tak berbunyi setelah melihat kami bangun dan marah. Tapi, hanya kerana seorang yang bersifat kurang ajar.
Hanya kerana seorang...

Seriously aku rasa sedikit kecewa sebab sedikit sebanyak mereka ni menunjukkan sikap mereka yang berasal dari kecerdikan yang rendah. Sangat rendah. Lihatlah, hanya kerana sekumpulan kecil mereka yang bersikap biadab, lantas semua orang pun dituduh serupa.

Jauh di hati aku, terdetik dan terfikir, sekurang-kurangnya lelaki-lelaki di Malaysia lebih tahu bersikap professional. Tak adalah mereka hendak menghina depan-depan kalau nampak kitorang main futsal atau bola sepak. Bergurau itu perkara biasa. Tapi kalau keterlaluan, memanglah orang akan marah.

Jadi jangan salahkan aku sekiranya aku dah anggap mereka seperti monyet gatai ber-IQ rendah. They deserve it.


Saturday, April 18, 2009

Suka sangat pada kekiutan!

Apa kata, sambil baca entry ni, cuba klik dulu kat video youtube ni:



Ekceli tak tahu nak letak tajuk apa entry ni. Cuma nak cerita pasal dua artis Sabahan yang saaaaaaaangat memikat hatiku ini, yaitu:

1. Che'nelle
2. Jo Anna Sue Henley Rampas



Saya sangat suka kat lagu Che'Nelle yang baru tu. Best! Masa mula-mula suruh Latiff teka saper penyanyinya, keluarlah segala nama macam Beyonce, Christina Aguilera, dan lain-lain. Hahaha. Bila korang dah dengar, bagi pendapat korang pulak ye.

Persamaan mereka berdua adalah, mereka sama2 HOT dan CANTIK. MySpace

Paling penting sekali... mereka ni anak kelahiran SABAH tau! Hehehe~ Nak mencapub tentang Sabah jap! They are my fevret girl buat masa sekarang.

Lihatlah Che'Nelle. Lihatlah Jo Anna. Lihatlah Sakinah. Haha. Yang terakhir tu tak payah!

Jo Anna

Seriously, bagi saya la ek.. kalah Lisa Surihani, Memey Suhaiza, Scha Yahya dan sape2 lagi artis2 hot Malaysia yang saya kenal... (bagi saya, walaupun memey tu jalang, tapi dia cantik!) Cute la Jo Anna nih... kalau nak tengok gambar2 beliau, sila tengok di sini ataupun sini. She's sooo cute!! ngeee.. rasa macam nak cubit2 pipi dia.

Jo Anna ni bangsa Dusun kalau tak silap... Kalau Che'Nelle kurang pasti pulak. Yang pasti, artis ketiga dalam entry ni, iaitu Sakinah (ehem, ehemm!), berbangsa Lundayeh (mix Melayu). Hahhahahaha. Apa? Tak kenal bangsa Lundayeh?? Ermmmmmm... if korang kenal bangsa Murut (Sabah) atau Lunbawang (Sarawak), maknanya korang dah boleh dapat gambaran awal tentang bangsa Lady Qeen. We were once headhunters tau! hoho~ Sejarah tinggal sejarah.

Cop! Lari topik! I nak cerita pasal mereka yang hot and cute nih. \(^^)/

Saya pantang betul tengok perempuan yang comel2 nih. Suuuuuka sangat. Haip! Saya bukan lesbian hokey. Kalau tak, takde lah saya pandang Latiff. Cuma, saya suka pada yang comel-comel. Tak cayer, tengok jela Latiff. Bukankah beliau amat comel??

*eeeiiiyyyy... rasa nak cubit2 lagi pipi u yg tembom!*

Hiiihhhh.. tengok tu. Pipi tu! Iiieeee....

Sama gak la kalau saya jumpa baby yang super tembam. MasyaAllah...rasa mcm nak hug2 and kiss time2 tu jugak! hahahaha. Adik saya sendiri, si Kamil, selalu jadik mangsa kena peluk kuat-kuat a.k.a PENYEK masa dia kecik2 dulu. Bella pun sama gak. These two of my bro and sis ni masa kecik2 dulu comey tau... their cuteness are irresistable. Haha. Macam melampau la pulak.

Nah, nak share gambar mereka masa masih baby... Lihatlah kekiutan mereka yang sentiasa menjadi mangsa dipenyek oleh saya masa mereka kecik-kecik dulu.


Kamil (the youngest).

Bella (2nd youngest)



Ada rasa macam nak hug diorang tak? comel kann... MySpace

Friday, April 17, 2009

Perjalanan (ep 2)

...sambungan cerita peribadi yang mungkin tidak bermakna buat orang lain. Tapi bermakna untuk saya kenang-kenangkan (saya? 'saya'???? since when aku pakai 'saya' dalam blog nih?)

Memandangkan tetiba rasa hati ni dah agak bosan nak cerita pasal benda ni. Hari tu mcm semangat. Tetiba sekarang dah dropped jadik negative celcius. Uish, pandainyer aku ukur darjah kesemangatan menggunakan celcius.

Dipendekkan cerita:

  • Aku masuk Lincoln pada January 2009. Buat Foundation in Science.Masa tu, mindset nak amik kos medik. Agent dah uruskan segala-galanya. We believed in him.
  • Bulan 7 dapat offer letter dari USU. Aku ditawarkan Dentistry. Bukan Medik.
  • Terpaksa refresh balik mindset. Reset. Bukan Medik lagi. Sebaliknya adalah pergigian.
  • Aku tak kenal anatomi gigi. Tak kenal istilah-istilah seperti karies, scaling, periodontal, dan lain-lain. Aku belajar semuanya perlahan-lahan supaya tak shock dalam kuliah nanti.
  • Ogos 2007 aku register FKG, USU.
  • Aku salah satu mahasiswa JUNIOR yang tua. Walaupun ada lagi member sebatch yg lebih tua usia mereka, tapi aku berada di kalangan yang tua. Haha.

Apa yang aku nak simpulkan dalam kisah aku ni, perjalanan aku untuk menjadi student dentistry tu bukannya pendek dan mudah. Tapi panjaaaaang... Tak macam orang lain yang beruntung peluang dah ada depan mata. Aku harus lalui jalan yang belok sana sini dahulu. Bayangkan lah, masuk first year dentistry pun umur dah 20, while my Indonesian friends mostly age around 18-19. Haha. Terus aku rasa muda dalam kelas tu.

Alhamdulillah, sekarang dah boleh dikatakan dalam safe zone. Walaupun taklah safe sangat selagi tak abis grad dua kali (i heard we will grad twice. First time after theories done and 2nd time when we had done the practical years). Thank God also sebab impian untuk mendapatkan biasiswa pun dah tercapai. Thank you JPAN (JPA Negeri Sabah).

Ouhh.. i think im starting talking crap kot sekarang. Jam dah pukul 1.30am.

I want to sleep... but i know that someone must hear my voice first before he goes to bed. He's studying for his tutorial tomorrow.



p/s: Teringat kata sorang dosen ni yang cuba buat lawak dalam kelas, "Terdapat persamaan antara dokter gigi dan lawyer, yaitu kedua-duanya mencari makan dengan MULUT. Tapi bezanya, lawyer bekerja dengan mulutnya sendiri (potpetpotpet). Manakala dokter gigi pada mulut orang lain (patient)"

Ima ingat tak dosen mana cakap camni? Kalau ima tak ingat, Liyana ingat...?(im trying to get a feedback from my silent readers. hehe)


Wednesday, April 15, 2009

Love is the best medicine

I made an entry entitled 'Panas macam sial' recently but i decided to delete it away as Along said its not really nice to swear too much. Hehe. Sorry long.. Me was a bit carried away by the hottie2 temper and weather.

Thanx long.. i love you.

Here, i found something veeerrryyy interesting to share from benben's blog (though she said she found it at others' site). I just copy and paste it exactly like i saw from her blog. No editting. Thanx Benben for allowing me (and others!) to share it.





The girl in the picture is Katie Kirkpatrick, she is 21 . Next to her, her fiancé, Nick, 23.
The picture was taken shortly before their wedding ceremony,
held on January 11, 2005 in the US .

Katie has terminal cancer and spend hours a day receiving medication.
In the picture, Nick is waiting for her on one of the many sessions of chemo to end.



In spite of all the pain, organ failures, and morphine shots,
Katie is going along with her wedding and took care of every detail.
The dress had to be adjusted a few times due to her constant weight loss



An unusual accessory at the party was the oxygen tube that
Katie used throughout the ceremony and reception as well.
The other couple in the picture are Nick's parents.
Excited to see their son marrying his high school sweetheart.



Katie, in her wheelchair with the oxygen tube ,
listening to a song from her husband and friends



At the reception, katie had to take a few rests.
The pain did not allow her to stand for long periods



Katie died five days after her wedding day.
Watching a woman so ill and weak getting married and
with a smile on her face makes us think.....

She did not let sickness stop her from living,
take away the hope or faith that made her believe she had a future.
She had a lovely wedding and she had love and she gave love and love doesn' t die.
And that is how Katie beat cancer.

Happiness is reachable, no matter how long it lasts.
We should stop making our lives complicated.

Tuesday, April 14, 2009

Perjalanan (ep 1)

Dulu kaannn...masa mula-mula masuk Fakultas Kedokteran Gigi ni, Aku tak faham apa itu istilah karies. Dokter check gigi aku dan kata aku ada karies. Aku tanya dia balik. Karies tu apa?

Jauh gila perjalanan aku nak jadi pelajar dentistry ni. Sebenarnya aku pernah bercita-cita untuk jadik doktor. Walaupun result spm aku 8A 2B, tapi result Matrix aku teruk. Takdelah teruk mana pun ekceli. Cuma tak melayakkan untuk memohon bidang perubatan je. Lain-lain bidang aku masih berkelayakan untuk mohon.

Aku lalai di matriks kerana ke-obses-an aku terhadap sukan. Masa tu aku memang giler silat. Sampai hitam legam aku berjemur. Setiap petang pusing track 5 kali dan spend 2 jam lebih untuk latihan. Akibatnya, aku kurang memberi tumpuan pada pelajaran. Result matrix teruk, so I say bye-bye to Medic dream.

Masa tu aku dah nekad untuk masuk jelah bidang kimia kat UNIMAS. Kiranya padan dengan muka aku la kan... saper suruh main-main kat matriks. Dah tahu matriks tu tempat orang TERPAKSA study bagai nak rak, tapi main-main. Aku tak tipu, syllabus banyak gilak babik ditamatkan dalam tempoh setahun je. Bila result hancur, aku ke UNIMAS. Masuk course Kimia Sumber.

My beloved ayah protes bagai nak rak! Dia paksa aku keluar UNIMAS dan pergi Russia or Indon. Tapi aku rasa....semacam ada tidak puas hati kalau guna duit ayah. Sebab cita-cita aku dari dulu, aku nak guna biasiswa untuk perubatan. Aku nak result aku yang cantik. Tapi apa kan daya.. Aku agak upset dan tidak ada percaya diri lagi.

Ketika aku di UNIMAS, selama satu semester lebih ayah rajin hantar SMS. Tiap hari dia SMS bagi motivasi tentang future career. Well-planning. Management of bla-bla-bla. Kalau tak SMS, beliau akan kol aku. Pernah sekali, beliau SMS aku jam 5am! Betul-betul hampir setiap hari ayah SMS untuk mengubah fikiran aku. Aku masih simpan sms-sms beliau. Semuanya lebih kepada motivasi untuk bangun selepas jatuh dari kegagalan. Aku simpan semuanya. Aku simpan untuk kenangan, mana tau aku perlu baca lagi balik if one day aku jatuh semula.

Ini antara kata-kata beliau:

"Sesuatu yang berlaku pada kita terimalah dengan redha coz mungkin Allah menguji before diberi sesuatu yg lebih berharga. Normally great life begin with great dream, not academically intelligent. (Bill Gate is a drop out from university). Focus on your future, life and maybe need some alignment! Kombinasi IQ, EQ dan FQ". Sampai hari ni aku masih tak tau apa tu FQ. Ada sesapa tau? Please note the tone he used to talk to me. Skema kan? Hehehehe. Itula watak bapak aku yg suka sangat main watak pengetua dia depan anak2.

Ada lagi sms-sms beliau yang berunsurkan untuk menghasut aku quit UNIMAS dan amik risiko menganggur untuk melakukan benda lain:

"Do u have ur career vision otherwise u r wasting yr time and yr straight As (UPSR 5A, PMR 8A, SPM 8A). U'll become like other ordinary degree holder. Come back start working while waiting for your Pharmacy course (If u really want)." Haaa.. nampak? Nampak? ayah aku cuba pujuk untuk quit UNIMAS dan kerja! hahahaha. Tapi masa tu beliau suggest bidang Farmasi ke aku. Belum jadik Dentist lagi. Beliau siap letak "if you really want". So, the decision was on me la kan? Masa tu aku gerun dengar perkataan 'Come back' beliau. Huhu. Aku rasa macam kena paksa kawen dengan jejaka pilihan keluarga je! Hahahahahaha.

Kemudian aku buat bodo. Aku tetap belum ubah fikiran aku. Maka, bermula lah episod aku di-brainwash kaw2. Baik punya cuci! Ayah aku call dan pot-pet lama la jugak. Mungkin dia geram aku dah dok hampir setahun kat UNIMAS tu. Aku belajar kimia woahhh... Jangan main-main. Organic chemistry, physical chemistry dan SPSS (Kimia Analisis) aku kuat tau. Ngahahah. So, aku pun dibasuh la pakai clorox oleh ayah aku setelah cara pujuk tak jadik. Ini SMS beliau lagi setelah aku dah putih bersih dibasuh...

"That's only my idea. The decision is yours. I just want you to think a bit different compare to other bumiputra (think like chinese) otherwise u r same with others. Struggling in life (financially) for the resr of your life. We have to change ourselves not the system. U have the chance to do that. I learned all this a bit late (through experience and reading), nobody guided me. U r lucky to have poor/rich dad (Sampai sekarang aku tak faham sgt maksud ayat ni. Apa yg aku aku, bapak aku peminat no. 1 Robert Kiyosaki, author of Rich Dad, Poor Dad). School did not teach u all this. That is why Chinese always ahead of Bumiputra. ANGGAP THIS AS FOOD OF THOUGHT!"

Ngaaaaa... bapak aku bebel. Hamik kau. Cakap skema lagi. Biasalah tu...

Disebabkan bapak aku pernah cakap 'the decision is yours', so aku pernah menolak kehendak ayah untuk hantar aku ke Medic/Pharmacy School. Oh, untuk makluman korang, passport international aku dah dibuat 2 tahun sebelum aku SPM. Bapak aku mmg dah predict aku akan ke oversea. Indon is over the sea whattt.. HAHAHAHAHAHA. Cop! Masa tu bapak aku plan hantar aku ke Moscow (selepas akreditasi Ukraine ditarik balik). Cerita Indon belum timbul lagi.

aku masih di UNIMAS. Aku dah ada life. Ramai giler kawan! Aku cakap fluent bahasa sarawak. Aku dah bahagia. Tapi fikiran tentang masa depan agak mengganggu aku. Ayah aku dah memomokkan aku dengan cabaran kerjaya di masa depan. Aku mungkin akan berdepan dengan masalah pengangguran. Ayah aku suruh bayangkan future dalam 5-10 tahun ke hadapan, di mana Malaysia akan dibanjiri fresh-graduates. Aku jadik takut dowh. Serious aku takut masa tu.
Text Color
So, aku bincang elok2 dengan ayah aku. Dulu aku pernah ada boifren di UNIMAS. Dia lah yang paling ngok dan buduh tahap dewa taknak bagi aku pegi study Medic. Kimia lagi bagus katanya. Kau tengok Qeen, in the end, seorang ayah jugaklah yang akan terima kegagalan kita. Pujuk kita bangkit dari terjatuh dan berusaha tolong untuk keluarkan dari akibat kegagalan tu. Kesimpulannya, janganlah membelakangkan orang tua WALAU MACAM MANA sekalipun.

Setelah aku bincang dengan ayah aku, dengan besties aku kat UNIMAS, aku pun nekad untuk quit dari UNIMAS. Risiko yang terpaksa aku hadapi, aku takkan boleh lagi patah balik sebab nama dah diblack-list dalam UPU. Hahaha. Aku takde tempat lagi kalau dah quit, then nak masuk balik IPTA (rumours. aku tak sure betul ke tak).

So, aku buat surat berhenti kuliah. Aku jumpa dekan. Aku kemas barang-barang, amik gambar puas-puas dengan kawan-kawan and then, i say bye-bye to Sarawak.

Bermulalah life aku sebagai penganggur... Aku duduk di rumah doing nothing. Isk. semua orang pegi kuliah di universiti. Aku dok kat rumah layaknya orang yang tak mampu sambung pelajaran. hahahahaha.

......(to be continued)




Tuesday, April 7, 2009

Useless entry

HHHaaaaaaaaaaaaaaaaarrrggghhh!!!
(aku jerit sekuat hati aku! Hamik kau)

Hari ni paling menjatuhkan martabat aku. Hokey?


....Tahukah korang kalau bapak aku sendiri pernah sengih sarcastic masa aku cakap aku nak jadik cikgu if tak dapat jadik doctor bila dah besar. Walaupun aku baru berumur 12 tahun, beliau sudah tau aku sememangnya tak punya ciri-ciri yang melayakkan aku untuk jadi cikgu....


Ok now!

Bayangkan, korang dipaksa, diulangi, DIPAKSA untuk menyintai seseorang lalu dipaksa mem-propose dan memperkenalkan this someone di depan khalayak ramai. TETAPI! Korang tak kenal pun lelaki/perempuan ni. Dah ar tak kenal, tapi kena paksa diri buat2 suka macam dah kenal selama 50 tahun ini lelaki/perempuan dan korang WAJIB kenalkan this person pada setiap makhluk tuhan yang wujud kat dunia ni, terangkan pada mereka itu siapakah lelaki/perempuan ni dan paksa mereka terima dan menyayanginya juga. Ingat, korang tak suka pon kat lelaki/perempuan itu. Dan langsung belum kenal hati budi!

Meh aku namakan lelaki/perempuan tu sebagai Cik or Encik Motel Surfeyor!!.


Atau,


Pernah tak korang mengalami keadaan di mana korang rasa ada banyak giler input dalam kepaler hotak korang yang disumbat-sumbat secara paksa beserta kekeliruan yang disebabkan oleh fakta dan gambar yang disumbatkan tadi belum sahih kebenarannya, lepas tu, tetiba korang TERPAKSA pulak keluarkan balik input-input tadi secara teratur dan memaksakan orang lain faham, sedangkan korang sendiri pun tak faham sangat sebab belum pernah dapat sijil kelayakan sebagai seorang doctor apatah lagi sebagai PAKAR???

Atau,

Korang fikir-fikir balik ah, korang ingat aku nak sangat ke buat benda2 ni semua??? Sape yang pepandai sebut nama aku hari tu ha? HA?


.
.
.
.
.




Buat masa ni aku pantang betol jika disuruh membuat perbentangan. Jangan naikkan angin aku. Aku terajang nanti karang.





Related Posts with Thumbnails