Monday, March 30, 2009

Malam Retro. (Lots of photos! Enjoy viewing)

Entry ni dah delay 2 hari untuk dipublishkan. Dok sangkut je update process sebab asyik tido kepenatan. Hahaha. Banyakla ko punya tido,wahai Qeen!

Dalia pun dah tanya, bila nak update blog. Wah, bertanya itu tandanya ambil berat kan? Heee..bestnya ada orang yang amik berat pasal blog i yg humble ni!~ I love you la darling! hahaha

Ok2, untuk tidak merepek lebih lanjut, Qeen akan bagi gambar introduction dulu. Gambar Lady Qeen bersama-sama her beloved Magic-Man.

Jeng, jejennngggg!!

"syg, cantikla spek putih u. Pinjam boleh?"


Okay, dinner tersebut bertempat di Tiara Hotel (Medan, Indonesia) dan tema kitorang malam tu adalah Retro. Back to Basic. Polka dots and all the striking colours. Vintage~

1. Kalau dah kembali ke zaman dulu, tak sahlah kalau takde watak P.Ramlee kan. So here is a snap of me and 'P.Ramlee'. Hahahahaha.



2. We were sitting at Table 1. WOaahhh... table VIP hokey. Jangan memain. Paling tepi kat sudut stage, walaupun paling depan. Letih tengkuk aku dok toleh2 belakang untuk lihat stage. Haha.


3. Kitorang pergi empat pasangan. Latiff-Qeen, Amer-Dalia, Adie-Dalila, and Daus-Nadia. I mati-mati ingatkan Rustam akan datang berpasangan dengan Ijam. Tapi apakan daya, Ijam sedang bercuti di Malaysia pada malam itu. Rustam pun tak datang sebab Ayu tak dapat hadir.


4. Suria,suria... u tau taaakk...masa cameravideoman fokus ke u, muka u sebijik macam Mariah Carey kat atas big screen tu tau!! I dan Dalia dan Latep agree tau! Suara pun dah mantap. Sessswuai sangat!


5. Ehem! Menselitkan gambar i dan Latiff. Hehe


6. Gambar di bawah ni, dari kiri: Lady Qeen, Latiff Iqramie, Nurul Syuhada, Adie.



7. Gambar di bawah ini, dari kiri: Luqman (Latiff's cousin), Badiu, Nazrul Amar, Latiff Iqramie, Adie. Mang dan Amar memang nampak lain dari attire seharian mereka. Nampak menyerlah ar. Suka-suka! Apa kata korang gi kelas pakai camtu gak? Gaya Mang memang gaya celebrity la bagi Qeen. U got the style! Hmmmmm...ni mesti Mya yg bagi idea ni? Mya, jawab jawab! Hahaha



8. Kalau tak vespa, tak retro laa. Kan? Makanya kitorang pun berposing la atas vespa tersebut. Walaupun hari-hari kitorang naik vespa, tapi tak pernah lagi ada peluang bergambar bertiga (you, me, vespa) bersama-sama. Vespa ni Daus punyer. Kaler coklat. Tengoklah punya berkilat vespa dia dijadikan prop. hahaa.


9. Mereka-mereka yang bergaya retro pada malam itu. CANTIK!


10. Para peserta Ratu Cantik. Hahaha. Bukanlah. Ini Fashion Show. Kalau korang tengok macam mana cara satu-satu buat catwalk atas pentas, confirm korang gelak. Sebab sangat kelakar dan versatile gaya mereka. Masing-masing ada cara tersendiri untuk menarik perhatian penonton.

Seriously Lady Qeen suka tengok kak Aina nyer baju. Gaya vintage yang simple tapi elegant dan CANTIK. Beliau memakau baju kaler hitam ada line putih (yang angkat tangan dalam gambar ini). Selain itu, Qeen jugak suka tengok cara awek Najey (sorry, i lupa nama dia) pakai selendang lilit2 macam fesyen Qeen pakai. Pun CANTIK!


11. Ini gambar ramai-ramai (tetiba penat nak menaip panjang-panjang). Sertailah peraduan "Teka Di Manakah Saya Berdiri."


12. Gambar di bawah ni agak sukar dimengertikan. Hahahahaha (tengok! belum apa-apa lagi aku dah tergelak!) hehe. Masa tu Syed sedand perform dgn band dia. Tetiba mereka berdua ini naik atas pentas dan terus.... tidak, mereka tidak menari. Betul, mereka tidak menari. Mereka hanya berpusing-pusing. Gelak dengan penuh blur kat atas pentas, lalu turun semula ke meja makan NOMBOR 1 dengan selambanya.

HAHAHAHAHAHAHA.

Sumpah aku gelak kaw-kaw masa tu!


13. The Vespa Guys. Vesparados man.
From left: Daus, Amer and Latiff. Yang topinya besar kat tengah-tengah tu namanya Adie.


14. Dan ini pulak para boncengan sekalian. Hot girls. Rrrrrr!!
Dari kiri: Nadia, Me, Dalia and Dalila.


15. Amik kesempatan untuk bergambar dengan member-member satu batch dgn Lady Qeen. Berdiri mengelilingi Lady Qeen dari kiri ialah Syuhada, Aliaa, Rihana, Liyana, Epi, Mya baby dan Hajar.


16. Nad, she's the emcee of the night. As u guys can see...she looks so sixties! kewl!~
Classic babeyh.



17. Adie, Me, Dalila and Dalia.



18. Okay.. dah di penghujung gambar.. Sebagai penutup ai kan letakkan gambar ai dengan Latiff (atas vespa lagi!). Hehe. Kali ni vespa kaler oren pulak. Vespa amer. Time dinner ni kitorang tak sempat nak bergambar dengan vespa Nadia yang berwarna purple. Nad kata ramai giler orang nak berposing kat vespa dia. hahaha.


  • Waktu balik, Nad sangat cute bawak balik Vespa kaler purple beliau dengan tetap memakai dress, scarf and high heels! Kitorang konvoi balik sama-sama. Aku yang di belakang Nad, dapat nampak macam mana mat-mat indon yang lepak tepi jalan semacam kagum dan aneh je tengok Nad bawak Vespa dengan bergayanya. Hahahaha.
  • Sangat berterima kasih pada Mira sebagai Mak Andam aku untuk dinner ni. Mira sanggup jalan kaki datang ke tempat tinggal aku dengan membawak set-set mekap beliau yang sungguh banyak! Thanx Mira...
  • Nak ucapkan thanx jugak pada Dyana, Atiss, Sue, Shady dan Mira sebab aku bukannya bersiap sorang-sorang. Diorang lah yang berpicnic dalam bilik aku dan paksa aku mandi on time dan tengok camner aku dress-up. Cop! lilitan skaf tu Qeen buat sendiri 100% ye.
  • Hidangan malam tu sangat sedap. Best. First menu je dah lobster. Sedaaappp... semuanya sedap! Boleh dikatakan dinner malam ni lebih banyak berjaya berbanding dinner tahun lalu. Puas hati.
  • Performance best. Lauk sedap. VIP duduk kat meja makan sampai abis acara (which is very rare!). Gift yang berupa spek mata retro pun best!
  • Hadiah-hadiah cabutan bertuah berupa gitar kapok, handphone (dua biji), dan banyak dapat hadiah reload lah sebab penaja utama adalah syarikat telekomunikasi Indosat.
p/s: Lagi gambar-gambar sila lihat di Flickr Latep dan facebook Qeen~ (klik pada link).
...........................................................................................................................


Jejaka-jejaka gagah mengangkat turun 3 bijik vespa setelah majlis selesai. Bukan ringan hokey.. Hotel kebetulan takde servis lif (rosak!) untuk memindahkan vespa-vespa tersebut dari tingkat 2 ke ground. Seronok lah jadi vespa. Kena dukung... hehe

Thursday, March 26, 2009

Satu catatan bermakna lagi dalam hidup

Esok paper terakhir. Yeay, sangat seronok! Esok petang lepas aku abis exam, team awek-awek hot akan bermain futsal kat Bali Futsal (aahhaa~ tak sabar!). Pastu esoknya aku dan Latiff akan attend Retro Themed Dinner. Yeay. Naik Vespa yeay. Ramai-ramai, yeay! Suka-suka!

Tapi, semua ke-excited-an tu kena pendam dulu. Simpaaannnn... Sabar kin, sabar. Esok ada exam lagi kin. Paper Prostho III lagi!

Semalam aku, Atiss, Dyana, Shady, Sue dan Mira keluar karaoke after abis exam Ortho. Konon-konon nak sambut esoknya libur lahh. Giler karaoke betul lah minah-minah ni semua (kecuali atiss, karena beliau masih shy-shy cat). Pantang diusul cadangan, semua okay je on the spot! Hahahaha.

Semalam hari semua cewek keluar (Girls Day Out). Hari ni hari kekasih pulak. Memandai je kin. Hahaha. Hari ni aku dan Latiff kuar gi Sun Plaza. Dah puas berjalan lebih kurang 2-3jam, kitorang tukar lokasi lak ke Carrefour. Puas la kitorang berdua tengok-tengok baju,kasut, dan accesories untuk bagi idea camner nak dress up ke dinner retro nanti. Kalaulah rumah ku dekat, takyah susah-susah camni. Bukak je almari baju nenek, kan senang!

Kiter berdua jalan-jalan.. tengok baju, pegi makan, tengok gelagat orang lain, mengumpat sama-sama, bergossip (yep,yep, my sporting boifren suka layan bergossip dgn I. Heee), dan cuci mata sama-sama. Then, tengah dok jalan tu, tetiba muncul keinginan terpendam di hati.

Teringin nak buat piercing. Uuuu wowh. Tapi bukan tindik bangang-bangang gi tindik kat pusat or lidah la. Kin first time nak tindik telinga. Nervouusss + seronok lah plak.

A female assistant did the piercing on me. Nervous tak payah cakaplah. Sepanjang masa aku hanya tengok muka Latiff sambil mengira 1,2,3,4,,, dalam hati untuk distract rasa takut dan kurangkan hormon stress kuar disebabkan cuak tahap melampau. Hahaha. Aku lebih cuak bila akak tu cakap, dia nak spray ubat bius. Ntah kenapa aku tak percaya tu ubat bius. Aku tau aku akan rasa sakit gak selepas 'ditembak'.

Okay, memang sakit selepas kena tindik! Saakiittt.... hu hu huuuu. Rasa telinga ni macam kena stapler. Betul. Macam tu la rasanya. Macam kena stapler. Tetiba aku rasa hairan macam mana ada orang leh tindik sampai 4 kali kat satu telinga???

Aku tahan rasa pijar + berdenyut-denyut kat kedua belah telinga sampai kat luar kedai. Bila dah yakin kedai tu tak nampak aku, time tu la baru aku merengek ngadu pedih dan bergenang mata sampai tak nampak jalan depan. Hahahaha. Tak macholah kalau nak mengadu sakit dalam kedai tu, kan?


Sepanjang jalan, aku masih ngadu sakit pada Latiff... psychology trauma kot. Rasa sakit tu sepatutnya dah kurang, tapi aku masih rasa sakit sebab aku rasa takut sangat. Eleh, mula-mula je muka sememeh sedih. Bila kena pujuk gi cari anting-anting baru, terus happy! Yeay!


I got my VERY FIRST earrings today!~ Red Colour~


Tuesday, March 24, 2009

I Miss my darling Flyer yang lembab...

Sejak Flyer berpindah hak penjagaan orang tua, pola makan beliau telah diketatkan. Hanya kurang dari 10 butir tiap kali makan. Kalau aku yang jaga, aku pasti akan menyuapkan 15-20 butir. Tapi dekat-dekat exam aritu aku mintak boifren mithali ku untuk tolong jagakan my baby Flyer. Hehehehe.

Ingat nak bagi sekali rumah si Flyer yang boolat besar tu. Tapi Latiff tanak (cewah. Kerek ye dengan balang boolat). Latiff gi beli rumah baru untuk Flyer yang lebih besar. Siap-siap dengan filter dan segala perhiasan dan perabot baru untuk Flyer.

Hari ni aku melawat Flyer. Nampak happy je kamu ye. Dah tak kenal aku dah. Masa kat rumah dulu, asal aku balik rumah je, dia akan tergedik-gedik menghampiri kaca balang facing aku. Mintak-mintak makan. Asal aku bangun berdiri nak ke mana-mana mesti nak mintak makan. Kalau aku panggil pun, dia rajin beri respon (budak baik nih). Manja ko ni ek, Flyer. Manja ke lapar? Ikan emas sentiasa lapar kan? Taik sendiri pun dia sedut-sedut. Yeyek!

Heee... ni la Flyer. Hadiah dari Latiff. Sempena suka-suki. Eh? Bukan. Aku baru teringat. Last time aku belikan Latiff ikan laga. Dia balas balik dengan dengan ikan emas. Hek hek.



Inilah Flyer di rumah lama beliau yang humble. Susah betul nak amik gambar ikan lincah sekor ni. Perasan kiter nak bagi makan kot.


Flyer di rumah baru yang cantik lagi ngetop!

Karena exam. Karena alasan busy study la makanya hak penjagaan Flyer terpaksa diubah. Sebab balang Flyer wajib dibersihkan setiap selang 2 hari. Kalau tak, berkeladak dengan taik dia je. Nak letak filter tak muat kat balang bulat. Itulah makanya my Latiff beli aquarium besar + filter + lampu + kerang2 + batu + pasir.

Sekarang exam dah nak abis. Tetiba teringin nak pelihara baby lobster. Nak tengok baby lobster main baling-baling batu kerikil. Susun-susun batu tu dengan sepit dia yang lebih panjang dari badan. Uh, comelnya!!



p/s: Bukan senang nak jadik student medic atau dentist. Pelbagai jenis terapi perlu ada di kiri dan kanan bagi menyeimbangkan proses study yang padat bagai... (Ces, poyo lagi).


Hapdet: Aku tak sengaja memasukkan banyak sangat Obat Anti Jamur (anti-fungus) dalam air Flyer.. Terus kuning air dia. I thought benda tu antibiotik la kan.. SO tuang la dalam 2x tabur serbuk tu. Jakun maa.. mana pernah beli ubat untuk Flyer sebelum ni. Bila Latiff tengok, gelabah kita berdua i tell you! I kena cop nak bunuh FLyer!~~ Wawawawaaaaaa! Abeh kena bahan. Boo hoo hoo...

SOrry Flyerrr~~~ Tak tau pun dossage kena sikit je. I tengok Flyer dah passive dan tercungap-cungap dah. SOrryy.. Terus Flyer dipindahkan ke dalam baldi buat sementara waktu sebelum Latiff tukar dan bersihkan air racun dia lain kali.

Im so soli....

Tuesday, March 17, 2009

Skill kira duit

Cuba tengok dulu video ni:




Mostly cara korang kira duit mesti cara America, Canada dan England kan? Mana-mana je tempat aku tengok kat Malaysia, mesti cara tu yang femes.

Qeen lak kira duit dengan cara Afghanistan, Iran, Tajikistan, Iran dan blablabla. Qeen tak pernah tahu macam mana cara orang kira duit yang lazimnya orang gunapakai sebab sejak sekolah rendah dulu ayah dah ajar kira duit guna cara yang Tok Wan dah ajarkan ke ayah, iaitu cara negara Timur Tengah gunakan. Bila dah besar sket, baru aku perasan cara yang aku guna agak jarang ditemui. Kalau aku kira duit guna cara Malaysia salu pakai, sumpah duit akan berterabur dan tergelincir dari tangan.

Cool jugak ek jadi lain dari yang lain ni. Hehehe. Tapi, bukan selalu leh kira duit tebal-tebal macam tu melainkan sebulan sekali-dua pabila mengeluarkan duit berjuta-juta Rupiah dari bank. hahahahaha.

Negara Turkey nyer cara kelakar giler! Hampir tak percaya je! kah kah kah. Isk, tak baik gelakkan orang lain!

Sunday, March 15, 2009

Online books and notes for Dentistry.

Setakat ni baru jumpa dua website yang offer banyak giler notes dan buku-buku yang berkaitan. Kalau cari lagi, mesti leh dapat lebih banyak. FOr the time being rasanya cukup dah la ni kot..

1. Nota dari Cik Amy Nieves

Beliau pegi class dan catat nota-nota class dia. Ada yang dia olah semula menjadi lebih mudah difahami. Sape tak suka gambaran kartun mungkin tak best la. Tapi aku lebih suka sebab lebih senang melekat kat otak berbanding gambar skema yang skema lagi bosan.

2. Koleksi files online Dr Payman Karami

Kalau pernah masuk group medicalstudent di Friendster dan pernah terbaca forum mengenai online books, makanya lebih kurang macam tu la website Dr Payman Karami. Bezanya, website Dr ni lebih focus pada dentistry.

Ok tu je. Kalau ada sesapa nak share, silakan. Akan datang aku akan buat link dentistry dalam blog aku. Walaupun aku takde intention langsung nak jadikan blog ni blog pergigian. Akan ku fikirkan demi ke-best-an bersama!

Esok dah mulai exam. Bermula dengan subjek Konservasi a.k.a Conservation.

Good luck bloggers FKG USU: julu, sarah,syuhada, Amar, dan semua2 lahh..

To Liyana Marzuki (my favourite silent reader! i love you!!), Dyana, Atiss. Good luck semua!

To my sayang... all the best in your exam!

Friday, March 13, 2009

Bila nak exam, period pun datang sekali

Yeay, minggu depan ujian, yeay! Tak sabarnyer ujiaaannn.. cepatlah datang wahai ujian. Seronok sangat ni sampai tak sabar nak tunggu hari isnin datang! Happy. Ecxited. Cant wait for it!!~ I dah abis study semua chapter dahhh... jangan jelesss

.
.
...
...........


Sungguh tipu belaka. Tak mungkin aku happy camtu bila ujian dah dekat. Cak, anda kena tipu.


Nervous! Nervous! (ini barulah betul). Goshh.. tak sangka exam tinggal 2 hari lagi.


Lagi nervous bila tanda-tanda nak period semakin banyak. Kalau exam + period, fuh memang sedap. Sakitnya tuhan saja yg tau. Duduk kat kerusi exam pun asyik lenguh je pinggang. Kemudian, wujudlah sindrom kuat tido (untuk lupakan sakit) dan malas mengemas. Bilik pun bersepah seminggu.

Kenapa perempuan sakit giler-giler time period ekk? Hohoho. Aku pun tak tahu. Tapi, apa yg taku tahu, sungguh aku geram bila lelaki tak faham kita sakit bagai nak tercabut segala-galanya tapi diorang boleh anggap kita macam takdelah sakit mana pon ekceli. Haish!

Teori yang aku faham kaannn..

Kita period sebab lapisan endometrium ('kusyen' tempat baby menempek selepas bersenyawa, yg mengandungi banyak giler-giler pembuluh darah) telah luruh dan kuar sebagai haid.

Kenapa luruh??

Sebab, pabila endometrium tu tak digunakan untuk perlekatan embrio, pembuluh-pembuluh darah kat situ akan konstrik. Kecut. Bila dah kecut-kecut semuanya bagai jari yg kecut selepas swimming 6jam, makanya sisa-sisa pembuluh darah a.k.a endometrium akan luruh. Jatuh bedebuk kat 'situ' lalu keluar sebagai haid.

Abeh tu nape lak period tu sakit??

Rasa nyeri itu hadir karena adanya kontraksi otot di uterus (cewah, cakap indon lak aku!). Sebab tu laa perempuan selalu ngadu sakitnya seperti cramp. Macam kena 'tarik-tarik'. Kontraksi ni disebabkan oleh adanya prostaglandin yg dilepaskan. Ermm... gitulah kefahaman yang aku faham. Kalau salah, teman-teman dokter sekalian, tolong betulkan k!~

Bagaimanakah rasa sakit itu??

Lain orang lain rasa jenis sakit. Macam aku, ngilu-ngilu kat ketiak, dada, dan bawah pusat tu perkara biasa sebagai signal awal menyatakan, 'period dah nak datang!!~'

Bila sedang period lak, aku rasa sakit sepanjang masa, sepanjang detik, selama 3 hari pertama period. Masa tu, even the slightest mistake atau joke bodo pun boleh buat muka aku transform jadik muka setan. Cramp senantiasa berlaku di pinggang. Sengal di kaki hingga di tulang belakang sampai tengkuk. Sebab tu la kalau perempuan yang period kena urut kat tapak kaki dan betis, fuh, sedapppp..!! Sangat membantu!

Gaduh-gaduh manja juga akan sering terjadi antara aku dan boifren ketika period. Nasib baik dapat boifren yang lembut,penuh kesabaran dan penyayang. Kalau dapat yang panas baran dan kurang hajo dengan perempuan camner?? Mati aku tiap bulan! hahahaha. Sayang, you are the best man yang i pernah kenal dalam dunia ni tau. Sayyaaaannggg sangat!

Ihih, jiwang la pulak.

So, briefly idea-idea tentang period tu pasti dah tau kan? Ala... cakap pasal histologi, patologi, mekanisme dan proses, semua pun tau. Boifren aku pun tau. Kawan-kawan medik dia pun tau. Hafal dengan baik lagi. Tapi rasa sakit ni, tak sorang lelaki pun tau.




p/s: Kenapakah terdapat ramai lelaki yang nak jadik OR dah jadik Gynaecologyst (pakar sakit puan)??? Secara psikologinya, mereka fahamkah??? Setiap sentuhan ketika pemeriksaan, rasa sakit yang patient hadapi, i dont think lelaki boleh faham walaupun mereka pakar sekalipun. Cewah, ayat nak bias ek. Sayang, jgn marah ye!

Thursday, March 12, 2009

Banyak cerita dalam sehari [Warning!! Entry extremely panjang!]

Meh nak citer apa yg berlaku pada 11 Mac 2009 (Nice Wednesday):

1. Kuliah Ilmu Gizi.
Pada sesi discussion after lecturer dah abis bagi kuliah, aku tanya soalan yang lebih kurang berbunyi camni lah:

"Doc, jika ada seorang patient ni, walaupun dia consume banyak giler makanan yang hi-calsium, tapi bila dia pegi wat pemeriksaan, hasil menunjukkan dia masih kekurangan calcium. Apakah ada 'blocker' yang menghalang penyerapan calsium nya dan apakah jenis makanan yang mengandungi calcium blocker?"

Pastu doctor tu jawab, "blablabla... bergantung pada homeostasis... blablabla.... Bioavailabiliti.... blablabla... Berapa umur si patient??"

"Awal 20-an"

"ohhh, Sepatutnya umur 20-an itu masih muda dan kuat ya. kadang-kadang, disebabkan terlalu banyak makan, jadik aturan penyerapan calsium terganggu. Ataupun, apabila terlalu banyak makan pada satu-satu masa, mungkin menyebabkan blablabla.. Jadi, adakalanya banyak makan itu blablabla.."


Time ni aku dah dengar gelak-gelak kat seat blakang. Aku tak tahu kenapa. Lecturer terus bercakap dan bercakap tanpa sempat aku nak nyelit. Tengok cara dia cakap macam yakin dan excited je, tak sampai hati lak aku nak argue yg doc ni dah salah faham kot dengan kehendak aku sebenarnya. Haha. Tetiba dia tanya lagi'

"Patient itu lelaki atau perempuan??"

"Perempuan" Aku jawab sambil sengih. Diri aku sendiri lah yang dimaksudkan.

"Disebabkan saya tak pasti berapa jauhkah kadar kekurangan itu, tapi sekiranya hanya di bawah batas normal, bagi perempuan ianya tak perlu dirisaukan sangat kerana masih ada hormon estrogen yang akan melindungi."


Yeayy...tak perlu cuak sangat kekurangan calsium.

Now, mesti korang pelik apesal aku cerita benda ngarut ni kan. Hehe. Ekceli, yg menjadik point dalam cerita aku ni adalah, abis je kelas, dak-dak cina dan india yg dok belakang aku tadi (ye, yg gelak-gelak tadi) semua kata aku tanyakan soalan tu untuk Latiff. Hahahaha. Puas aku nafikan tapi diorang taknak percaya. Siap kata aku cover kat ujung-ujung tu dengan menyatakan si patient adalah seorang perempuan! haha. SOrry sayannnggg...


2. Breakfast di kantin faculty.
Seperti biasa berebut-rebut nak amik tempat duduk. Aku, Mira, Dyana, Atiss, Lily dan Liyana duk semeja berhimpit-himpit kat meja bulat. Aku tak sedar pun handset yang aku tinggalkan di atas meja untuk pegi order makan dah hilang. Dah nak abis makan baru aku teringat untuk check sms dan pada masa tu la baru aku pasan handset dah takde! member dok suruh tengok kat semua tempat. Dalam beg la, poket la. Dyana siap tanya kat makcik kantin dan meja2 kat sekeliling. Atiss kol handset aku and its ringing! Member semua tolong selongkar dan belek-belek mana yang boleh diselongkar. Tapi aku remain relax sebab aku yakin ni mesti kes Dyana sorokkan handset aku. Dah biasa sangat dah kena gurau2 camni. Hahahaha.

Tengok-tengok, handset aku kol handset atiss. Bila diangkat, suara Ah Chun yg bersuara, 'amik balik telefon awak'. Tutup tefon. Hah! Dah tau dah! Memang sah kena prank lagi!

Directly aku pegi meja makan sebelah dan ketuk Ah Chun. Ah Chun pulak nafikan. Aku tanya Kesevan, Ah Bong, Ah Long, Wei Sheng, dan Quah... semua tak mengaku. Tak ngaku ekkk... tapi aku dah ternampak rantai handset aku tergantung-gantung keluar dari poket Quah. KANTOI!!!! Hahahahaahah.

Terpaksa admit that im a CLUMSY KEEN

p/s: Hari ni pertama kali pakai baju kurung semula setelah berkurun lama tak dipakai. Ramai yang hampir tak kenal dan rasa hairan/aneh/pelik. Hehe. Latep siap amik gambar! Dia happy tengok aku ayu sekali sekala. hahahahahaha. Tapi ada jugak yg komplen aku match baju kurung dgn kasut nike. Tak sesuai. Eeee...tak selesa naik tangga langkah 1-1 anak tangga. Selalu redah 2-2 anak tangga terus.
3.Lab Dental Material.
Nervous nak berdepan dengan grup member; Lavanyah, Ah Chun dan Catherine sebab saya tak sengaja dah termenghilangkan 3 ketul bahan dari hasil kerja minggu lepas. Kalau ikutkan kena siapkan 5 bahan. 3 dah hilang dalam bilik!! Tak tau mana pergi... So, the night before dah sms setiap sorang untuk meminta maaf dan bagi cadangan serta tanya pendapat mereka apa yg patut dibuat esok. Awal-awal dah serah diri untuk bertanggungjawab ni beb.

Tapi member dari group aku ni sangatlah nice... diorang tak bagi aku buat sorang2 sepanjang kitorang kena ulang lagi buat kerja minggu lepas. Lavanyah balik-balik pujuk 'its okay la gal' everytime aku nekad nak buat keja sorang2 untuk menggantikan 3 biji model minggu lalu. Ah Chun pun best! Idea dia mmg bagi aku relax dan tak abis2 tolong tengokkan model dan segala proses yang berjalan. Catherine volunteer untuk tolong mengaduk bahan cetakan dan tolong-tolong mana yg boleh tertolong.

Akhirnya, instead of 5 ketul model yg kena buat, akhirnya kitorang hampir-hampir nak buat 7 sebab aku terlajak buat lebih. Yippieee! Memang sayang kat diorang!

4. KARAOKE TIME!!

Yep, abis je lab terus balik dan tukar baju kurung kepada jeans and tshirt. Bawak sling bag lalu sumbat dengan wallet, lipbam dan big-sized sunny! Heheh. Aku, Mira, Dyana, Adib dan Latiff gerak sama-sama dari Srikandi House.

Kitorang spent 3 jam menyanyi dan seperti biasa aku akan membawakkan lagu trademark My All by Mariah Carey. Kali ni tak nyanyi lagu Rossa. Bosan. Pun tak nyanyi lagu Celine atau Whitney. Bosan. Semua lagu aku hari ni berunsur rock dan pop (Avril, Ashlee, Britney, Cranberries, Rihanna, dll). Heheh. Dyana sangat cun bawak lagu jepun Hana Yori Dango. My Latiff nyer suara sedaaaap... dia bawak lagu2 awie dan indon semua jadik! I fell in love again!! Mira nyer suara terbest masa dia bawak lagu kelly clarkson. Adib...semua lagu dia aku tak kenal. Dib, ko nyanyi ape hahh? Hahahahaha. Tapi part dia gabung suara dgn latiff mmg menjadik. Suara adib tinggi okayhhh!

Lepas karaoke, kitorang gerak gi Itcho sushi.
Makan banyak bagai nak rak. Mira sangat cute sebab rupa-rupanya dia first time masuk kedai makan Jepun. Cute, cute! Aku tolong pesankan makanan untuk mira. Sian dia, aku tak tahu dia tak suka seaweed lak. Bila aku sua Green Tea pun, dia buat muka 'wek'. Hahaha. Kitorang borak dan gelak bagai nak rak. Especially bila masing-masing bukak cerita pasal lab dental material pagi tadi. Aku belajar istilah baru dalam hidup yaitu, 'Bagi karaoke' dan 'Jadi bomba' or 'pili bomba'. Perkataan 18xxx nih! Sape underage takleh tau! Mati-mati aku gelak. Kel-lakar!!

5. Appointment with Dr Muslim, specialist orthodontics.
Bila Latiff dah kenyang sekenyang kenyangnya, barulah kitorang berdua gerak ke klinik gigi Dr Muslim. Appointment hari ni untuk sesi kontrol. Latiff pilih getah kaler PINK hasil pilihan aku dan Adib masa kat Itcho tadi.

Hari ni gak dah genap 2 bulan Latiff kontrol gigi so hari ni gigi premolar 1 kiri mandibula dia akan dicabut! Weeee..... Aku cuak! Aku nervous! Aku excited!

Aku berdiri sebelah Dr Muslim dan perhatikan kerja-kerja beliau. Sambil-sambil tu aku berborak dan tanya itu ini dengan doctor. Untuk makluman semua, Dr Muslim ada Dosen Wali aku atau Lecturer Mentor di uni. Dia langsung tak kisah bila aku tanya macam-macam or insist nak tengok pekerjaan dia sebab dia kata, "Karena sakinah ini (mau jadi) dokter juga...jadi saya fahammm" Hahaha. I love you la doc! I like the way he explains everything secara mekanikal, histologi dan saintifik. Dia explain guna bahasa medic. Aku suka. Aku tak suka MOST doctor yang aku jumpa kat klinik/hospital yang suka bagi penerangan dengan menggunakan bahasa kampung. Ingat aku tak faham sangat. Bila aku cakap aku ni budak bio, tolong bercakap dengan bahasa bio ye. Sabun dalam contact lense solution. Terpinga-pinga aku. Cakap je desinfectant. Susah sangat ke wahai akak yang kerja kat kedai spek??

Hah, balik pada cerita asal! Kemudian aku melihat Dr Muslim prepare syringe untuk inject anastesi kat gusi latep (sorry, aku tak blaja lagi katne Dr tu inject precisely). Adoyai, masa tu aku dah rasa macam, crappp...this is my beloved one yg kena seksa kah?? Hahaha.

Sementara menunggu efek anastesi (ubat bius) untuk bertindak Dr Muslim pasang getah baru kaler PINK pada kawat gigi latiff. Kemudian masa nak mencabut tu, Dr Muslim memulakan dengan bacaan Bismillah lalu mencuba mengekstrakkan premolar 1 latiff. Fuhhh.. bukan senang jugak ekk. Sampai terangkat-angkat kepala my sayang dari dental chair!

Bila gigi dah berjaya dicabut, first thing aku nampak adalah lubang/soket dalam rahang! wuiyohhhh... first time aku nampak! Still bloody! Wow. Sakai. Enough, kin. Haha.

Jam 9.15pm kitorang gerak balik dengan becak. Latiff senyaaaaaap je sepanjang dalam becak. Sempat dia minta maaf if dia takde mood or termoody pada waktu tu. Tapi aku faham... kesan cabut gigi tu buat dia terasa agak stress cuz the bleeding belum brenti sepenuhnya and the pain is still terasa walaupun ada ubat bius. Rasa pelik lak tengok my sayang dok diam macam kena hipnotized. Heheh.

Gigi dia yang dicabut tu aku simpan. Dr Muslim kata, cara untuk simpan gigi cukup dengan hanya cuci dengan air sabun je, lepas tu rendam dalam bleach selama setengah jam.

6. Tiba di Srikandi House
Elok je aku sampai rumah, aku kemas bilik, cuci air Flyer (ikan emas Lionhead aku yg comel), bagi dia makan, cuci kipas, mandi, pastu online kejap.

5 minit menghadap buku Periodontologi, aku dah nyenyak tido atas katil hingga terlupa tutup lampu.


abis cerita... giler panjang! Dah abis taip ni, tetiba aku merasa, perghh.. giler banyak merepek! Tak menarik langsung! Tapi, dah taip panjang2 camni, post jela. Sayang lak nak delete je. Hahahaha. Padan muka korang sape2 yg terbosan membaca. Aku tak paksa baca kan?

Monday, March 9, 2009

Smoking

I can say... that im a bit upset thinking about him that is still smoking. Everyone who knows me surely will understand how strict i am in choosing men with non-smoking type. Haihh.. i dont know lah... it's just that, i can feel that he will NEVER put himself off of this habit. I know. I can feel that. Reducing the habit, he did and yes, i realized that. But to quit totally, I havent been convinced enough.

And what is the meaning of 'one puff' anyway? one whole of cigarette being sucked up?

It hurts myself a lot... yet still, i never fail giving hope that he will quit someday.

Other fellas might think that im a bloody selfish by wanting my bf changed but i guess, everyone has their own stand. And my stand is never get attached with a smoker. I dont know... im in a mood of kind of upset right now. I saw him smoking yesterday and it simply turn me off.
I love him. Yes, no one can doubt how much i love him. Adore him... and that's why im still here with him. But seriously i dont know why, WHY is it so hard for myself to believe that he will quit one day??? I found it's so HARD to believe. God... it's like pulling someone away from their drug addiction!

I somehow thought myself as a bad girl/gf/partner to abstain him doing things he used to do. Is it wrong if i dont like one part of him??? gosh... we talked about this over and over again.. No, we never got in any crazy argumentation. All we did is a slow and personal talk just between the two of us.. Yes, im kind of proud of it knowing that we had very less argumentation.

It's for ur own good,sayang. Silent prayers are keep on recited in my heart. I am feeling almost give up until i type down this in my blog. I thought i want to hear different views from the others. Not from the Coward Anonymous, of course. Of what shud i do, or what can i do to help him or to help me to overcome the feeling of this uneasyness.

Haihh...I told him yesterday that I will NEVER care anymore about him putting off the habit... It's up to him alone now. As long as he's happy with his lifestyle.

Now, should i have said that?


Darling, help me...

My ayah dan Char Kwey Tiaow

Tang tetiba jak ati tok rasa kedak nak klaka bahasa tok... Nang dah lamak gilak eh sik klaka camtok walaupun ku tauk pasti ada silap kat siney-siney. Rindulah juakk.. mun dolok salu lah juak klaka/menganok/mengumpat orang pakey bahasa tok walaupun aku ditunggah lepeh dan bunyinya cam pelek. Hahah. Kinek tok mun mok pakey bahsa tok pun rasa sik yakin agik dah. Tang lawak jak bunyi. Aneh pun ada juak. Sik kenak bah... Randy kah, sapa2 jaklahh.. mun baca entry tok, boh manas ah. Hahaha. Tetiba jak rasa gian ya datang.

"Jakok steven, jakok!" Kenangan paling kelakar!!! "Agi idup, agi ngelaban" Ntah dari mana datang peribahasa ni. "Anang berekak"


oklah, cukup2lah.. 'Enough', bak kata orang sabah. Nanti orang boikot lak blog ni sebab tak faham bahasa. Tadi tu BUKAN bahasa sabah tau. Bukan jugak bahasa Iban (kecuali yang ber-font biru). Tapi adalah bahasa SARAWAK.

Anyway, exam dah nak dekat... mid-sem. Dari tarikh 16 Mac sampailah 27 Mac. Giler lama! Ada 10 paper kena amik... Kalau final nanti, ada 13 paper termasuk lab test.

Seperti biasa, aku banyak buat latihan berdasarkan past year question je. Malas giler nak cramp-kan paler sedahsyat-dahsyatnyer sebab soalan selalu berbunyi lebih kurang aje dgn past year.

Tetiba kaannn.. time-time macam ni la datang rindu ke ayah (yaaa..im daddy's gurl) laa... ke adik2 la... ke emak la.. Rasa macam nak tatap je wajah mereka walaupun ayah aku salu tunjuk muka kerek all the time. Hehe. Nak jugak maintain muka pengetua dia. Takpe2, fahamm... Ayah, muka je camtu tapi hati dia baaaaiiikkkk sangat. Caring and loving and generous! Tetiba teringat lak masa Latiff mula-mula jumpa dan berkenalan dengan ayah dan ibu. Ibu sporting habis! Ayah je pasang 'muka pengetua' dia. Heeeyyy...geram sungguh rasa hati ni. Tapi dah tau dah, standard ayah mmg camtu bila berdepan dengan teenagers or budak kuliah (termasuk anak-anak dia hokeyy). Yang peliknya, kerek2 camtu pun, bukan sekali dua aku pernah dengar kawan2 perempuan kata ayah handsome. Ija kata ayah macho sampai dia rasa malu-malu bila mengadap ayah. Sungguh boddow. Hahahah. Masa tingkatan 5 dulu lagi best. Sorang member datang ke bilik asrama dan gitau aku ada pelawat. Seorang abang. ABANG?? perghhh.... geli siot. Hahahahahahaha.

Tapi sejak ayah main golf siang dan petang...kulit ayah dan makin gelap dan kering... sunburnn.. dah tak nampak fresh macam orang umur 30-an lagi... Heheheh. Ni kalau gitau dia, sah-sah dia gelisah! My ayah pantang sekali if ada orang tegur perut dia buncit.... sentiasa nak awet muda hokeyy..

Oppp..cop2. Melalut citer pasal ayah jauh sangat. Nak wat camner.. RINDU.

Semalam ayah hantar email beserta gambar Char Kwey Tiaow dan resipinya sekali. Itu sahaja. Tanpa penjelasan lanjut. Haih, time-time tu jugak aku rasa macam nak amik wallet, terus terbang ke Penang Corner untuk order satu char kwey tiaow! Omaigod...sungguh tak lawak, ayah. Lagi2 bila email ayah dibaca jam 5 petang ketika lunch tidak diambil sama sekali.

Okey, di sini ai nak tunjukkan gambar dan resipi Char Kwey Tiaow yang ayah bagi. Sharing is caring!~


Bahan-bahan yang harus ada (bak kata ayah):
Kuay Teow, Udang Saiz Sederhana, Kerang (direbus), Telur (B@C), Cili (dimasak +gula+garam), Bwg. Putih (diblender), Air Udang (direbus +gula+garam+sedikit serbuk belacan+penambah perasa), Kuchai dan Taugeh.

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dan goreng udang 2@5 ekor hingga masak, ketepikan ditepi kuali.
  2. Tinggal sedikit minyak dan tumis bawang putih dan sedikit sambal cili hingga naik bau. Boleh tambah kerang jika mahu.
  3. Masukkan kuay teow (+-100 gm), sedikit kuchai & 1 sudu besar @ lebih pati kicap CKT.
  4. Kuatkan api, kacau sebentar dengan hujung sudip memutar/memusing arah/lawan jam. Masukkan air udang (cukup utk sedikit berkuah), kacau seperti di atas dan masukkan sedikit taugeh.
  5. Tolak semua ketepi kuali. Pecahkan sebiji telur di dalam kuah dan kacau telur sehingga seperti separuh masak. Telur tak perlu kacau/gaul bersama kuay teow.
  6. Masa untuk menggoreng hanya kurang 2 minit. Tutup api dan hidangkan.

*Petua untuk menjaga rasa original dan kesedapannya.

- Setiap kali menggoreng hanya untuk 1 pinggan hidangan sahaja.

- Gunakan api yang kuat @ gunakan dapur high pressure.

- Kacau pati kicap CKT setiap kali digunakan.

Kerang (direbus), telur (B@C), Cili (dimasak + gula + garam

- Simpan kicap CKT di dalam chiller jika tidak digunakan supaya tahan lama.


Kuchai dan Taugeh.




p/s: Ayah, macam kantoi je ayah amik kat mudah.com.my?? tuu... ada tag gambar tuuu... hehe.

Thursday, March 5, 2009

Kenangan yang poyo

Semalam tergerak hati untuk check satu demi satu CD burn yang mengandungi gambar2 dan lagu2 fevret. Seronok je tengok gambar masa sekolah dgn geng Bayau inc., di Labuan Matrics College, Gambar masa beraksi gila-gila dengan Herk dan Hazel kat UNIMAS, Lincoln College, family... Ya Allah haih... rindunyer ke zaman dulu-dulu. Zaman tak reti pakai bedak elok-elok kat muka. Asyik berkilat macam tak mandi je. Tudung pun dipakai dengan suka hati hentam je. Haha.

Tengah dok belek-belek tu, tetiba nampak gambar yang sangat BEST. Best bagi Lady Qeen sorang jela kot. Orang lain mungkin tak best tengok. Hahah.

Dulu aku bersilat. Ala, suka-suka je bersilat sebab suka kat warming up dia yg mantooppp!! (copy and paste ayat Sarah kejap), boleh main senjata dan kengkawan yang sama lasak. Percaya atau tak, dulu aku adalah seorang yang tomboy masa sekolah rendah. Kawan-kawan semuanya lelaki dan kalau ada perempuan pun, kitorang sama-sama tomboy. Sama-sama panjat rel besi pastu gayut upside-down. Sama-sama aktif dalam olahraga. Sebab tu bila ada kawan-kawan skolah rendah tengok aku sekarang, semua confirm terkejut dan hairan. Aku umpama The Ugly Duckling. Hahah.

So, inilah antara gambar-gambar yang aku sudi untuk berkongsi bersama kamu-kamu sekalian. Gambar semasa ikut persatuan silat helang putih perkasa tak dapat dimasukkan sebab takde simpanan dalam bentuk softcopy. Yang ada hanyalah gambar ketika belajar silat gayong malaysia. Tengoklah... Inilah yang Lady Qeen paling minat dalam hidup Lady Qeen selain daripada berdating dengan bf, karaoke, makan banyak, jalan-jalan,baca komik dan online. Hahaha. Takde orang tanya pun. Tapi nak gak gitau. Tengoklah...


1. Gambar di-candid oleh Faiz Zuwairi sebelum beliau berpindah dari Labuan Matrics College. I never knew this photo exist until he showed me one.


2. Family Gayong dari tepi: Along, Acu, Abah Kasim (cikgu silat) dan Angah.

3. Hukum along!!! hahahahaha.


4. Angah, Acu dan Along.


5. Angah dengan Abah.


6. Upgrading
7. Member silat di KML

8. Kejohanan Seni Mempertahankan Diri peringkat Kebangsaan di JB.


9. Bergambar dgn Cikgu Amin dan Abg Zul

10. Team pertama yg aku bentuk sempena sambutan tetamu suatu majlis makan malam di Medan.

11. Latest me


Selepas 'berehat' hampir 2 tahun, now aku sambung bersilat lagi di Medan. Tapi... susah giler nak fit macam dulu. Dulu 48kg. Sekarang 52kg. Berat siot.

Wednesday, March 4, 2009

Jangan main hujan, please...

isk... Risau bhaa...

Ujan-ujan gini, lagi mau main futsal.

It's okay to play futsal cuz they always book futsal court yg ada bumbung. Tapi, kalau on the way nak gi or pulang main futsal tu kena harung hujan lebat sambil naik vespa, risaunyer i... Hampir setiap malam dok redah hujan dengan vespa!

That day dia cakap, brek tak makan dalam banjir. Hampir terlajak nak makan jalan. Isk! Aku pulak risau what if ada member2 yg provoke dia bawak laju di kala jalan raya licin selepas ujan... Oh no, no, no.

Please.. Please wait for a better, 'sunny' night to play futsal, please... risau bha..

Tak nak ar dia jadik demam ke, sore throat ke, batuk ke, or worst part...long term effect nanti kena paru2 basah ke.. uuu...tanak2!


*giler lah aku dah bunyik macam mak-mak lah pulak. Takpun macam awek yg mengongkong. Shit betul lah!


Sesungguhnya aku sayang kat dia. Tak mahu dia sakit kat perantauan nih. It's normal right... right? Sape member yg ada asma mmg kesian lah... mesti wheezing sebelum tido selepas kena ujan. Sape yg ada sinus pun pasti akan senang selsema dan blocked nose...right?



p/s: Cuaca di Medan now is very terrible. Pagi hingga tengahari SANGAT panas tak tahan. Masuk je jam 5 lebih, silalah selamatkan pakaian di jemuran. Hujan yg super lebat akan turun beserta guruh dan kilat yg beraksi bagai....boleh luruh jantung aku dengar.

p/s: Kepada kengkawan semua, rajin2 minum air kosong, makan vitamin, dan jangan main hujan. Sekarang musim ramai yg demam dan tak sihat. Take care everyone~

p/s lagi: Kepada kawan2 dentistry batch '07, ada member yg cadang nak buat picnic makan ramai2 after exam mid. Ada cadangan tak di manakah tempat yg menarik?


Update hari ini (05.03.09):
Sesungguhnya daku terlupa bahawa pada Ahad nanti adanya pertandingan futsal anjuran PM-USU (persatuan mahasiswa malaysia di univ. suamtera utara). Aisehmennnn.. sangat terlupa laa.. SORRY,SORRY. Terlupa sangat2. Patutlahh budak2 laki dan perempuan skang beriya-iya main futsal lately sampai hujan lebat pun diorang sanggup redah. Hohohoho.

Banyak yang bertanya kenapa Lady Qeen tak main futsal sedangkan sebelum ni Lady Qeen pernah ikut match Futsal lawan UNIMED dan IAIAN.

Hehehehehe... adalaahhh.. Yang dah tahu, tahulah. Yang tak tahu, tak perlu cerita.




Sunday, March 1, 2009

PORSENI FKG 2009

PORSENI means Pekan Olahraga dan Seni, while FKG stands for Fakultas Kedokteran Gigi (faculty of dentistry).

Awal pagi lagi kitorang dah semangat giler gerak ke faculty untuk mendapatkan nasi lemak yang dijual oleh member sendiri tauuu...!

PORSENI ni sangat best sebab aku dapat lihat kerjasama antara klasmet local (indon) dan Malaysia. Dyana, Mira, Suhana dan Liyana bersungguh-sungguh membantu menyiapkan nasi lemak and of coz benda tu la yang habis dulu. Licin disapu bersih! Sampai sisa-sisa ikan bilis goreng dan ayam pun kena ratah (dan aku lah salah satu di antara peratah tu).

Di PORSENI, macam-macam jenis booth ada. Ala, apa je yg korang nak, semua ada. Kiranya bazaar faculty lah. Ada performance dari students dan lucky draw. Tapi aku dan Latep balik awal so kitorang tak sempat tengok if our number win any lucky draw. Performance seperti dance tak banyak. Banyak orang menyanyi live dan main band je. Boleh tahan gak lah. Aku mmg respek, suara orang indonesia ni memang sedap-sedap. Kagum. Cuma, bila ada band yang try nak nyanyi lagu heavy metal tu, mmg sangat-sangat SANGAT OUT lah. Buruk. Sorry to say. Hahahaha

Ada macam-macam makanan jugak yang aku nampak, tapi takde satu pun yang mampu buat aku terliur. Mungkin sebab aku tak kenal kot. Local foods. Dan, dalam banyak-banyak benda yang ada kat sana, aku dan Latiff terpikat kat booth inai! Benda ni guna inai untuk menconteng-conteng tangan. Tapi kaler dia lebih dark. Cantik gak aku tengok. Rupa-rupanya inai yang kaler hitam pun dah ada kat pasaran ek. Aku baru je tau.

Penat punya pasal, aku malas nak cakap banyak. Tengok gambar je la ek..

Ni booth kitorang. Bergambar setelah nasi lemak dah abis. Yang bertapau kat sebelah kanan tu adalah nasi lemak reserved. Two of them were reserved for Dalia and Ame.


No caption. Ahah.


My lasak friends: Navie, and Liyana. HEART THEM! Adib is my madu. Ahhah. Siot betul. Apesal posing aku ayu kat sini.. cesss..


Proses meng-inai-kan tangan. Aku rasa macam nak tertido ada orang conteng-conteng lengan aku.


Kewl!~ i likey-likey


Hers and His (^^). Kena sound lepas bergambar sebab tak sengaja tergesel my corak ke tangan dia. Abeh smudge sikit. Hahaaha.


Ni hasilnya! Clear giler kan?? Cuuuuunnnnn... Macam pakai gelang je. It will last for 2 weeks long.


Inai tu.. ekceli aku request kaler dark coklat supaya bila orang first terpandang tangan aku, takdelah orang sangka aku pakai tatu. Tapi, according to the mamat yang buat the drawing tu, dia kata, kaler yang available cuma kaler hitam atau oren je. Uish, aku pakai inai tumbuk/bancuh pun, aku takmau kaler oren je. Aku nak kaler daaarrrkkk marrrooonnnn.
kan? kan?



Related Posts with Thumbnails