Tarikh trip: 25April - 27April. Jumlah peserta: 10 orang. Jumlah kenderaan: 5 Jarak perjalanan: 4 jam Jenis kenderaan: Vespa.
Iyyyeerp! Macam tak cayer kan kitorang jalan jauh dengan Vespa. Perjalanan memang mencabar. Perjalanan selama 4 jam dari Medan ke Siantar sangat menguji kekuatan bontot kami semua. 4 jam beb! Lenguhnya, Tuhan saja yang tahu.... Disebabkan kebas, apa pun dah tak rasa dah.
Bagi sesiapa yang tak tahu Siantar, check Google k. Siantar ni tak jauh dari Danao Toba. Cuma, perjalanan ke Danao Toba lagi thrill giler-babeng sebab kena daki bukit.
Roughly, kitorang gerak pada petang Sabtu (25 April) dan kembali ke Medan pada pagi Isnin. Penat nak citer panjang, nah let the photos do the talking!
Tapiii... masa tu, tetiba jugak spark plug rustam dan apak takleh pakai. Hahahaha. Tukar la dulu... lepak la duluu... pastu, aku ingat nak kencing la pulak... Bila pegi tengok tandas kat stesen minyak terdekat (Pertamina), belum masuk lagi dah rasa nak muntah hijau... Itu lagi tempat chilake kedua yang aku jumpa. Terus cancel.
Dalam gambar di atas: Che Ku (kiri) dan Ayu (kanan).
7. Mangsa kemalangan. Aku.... terkedu. Otaknya berterabur di atas jalan raya dan tiada siapa yang membantu. Jalan raya punya sibuk, tapi takde satu pun yg tolong. Diorang kata penunggang motor ni dilanggar oleh bas yang bawak laju dari belakang. Giler aaahhhh..!
Perasaan aku giler konfius masa tu. Aku nervous. Tapi aku steady plak amik gambar. Banyak shoot aku buat. Masa ni tak gementar lagi. Tapi gambar banyak dihadang oleh kenderaan yang melewati.
Ada sebongkah otak yang bersaiz besar tegolek dan landing betul-betul sebelah tayar vespa kitorang. Aku tengok sekilas pandang je. Bila dah selamat melepasi tempat ni, aku terkumat-kamit sendiri baca ayat semua la yang terlintas kat paler sebab shock. Menggigil gak aku. Shock aku datang lambat sangat... masa tu aku cuma berdoa dan berharap Latiff steady dan tak terpengaruh dengan kejadian yang baru je berlaku depa mata kami.
Esyam dan Amar merupakan satu-satunya saksi di antara kami semua yang sempat melihat bagaimana kemalangan tersebut terjadi. Once terjadi, Esyam terus alihkan mata ke tempat lain sebab tak sanggup beb. Amar berani tengok (sebab bukan dia yang bawak vespa. Esyam is the driver). Esyam kata tanah terasa bergegar disebabkan impak yang kuat. Bunyi crash pun kuat giler. Beliau fobia...
This time, aku pulak yang pergi suruh Latiff merokok. Aku tak mahu dia tertekan.
Untuk hilangkan tekanan sebab eksiden tadi, aku berbual dengan Latiff berdua dan sembang dari hati ke hati. Tak nak berahsia apa-apa, aku luahkan semua dan bagi nasihat macam mak nenek tentang panduan untuk bawak vespa dengan hati-hati (ceh, macamla aku reti bawak motor). Aku decide untuk perhatikan side mirror kanan sepanjang perjalanan untuk memperhatikan sekiranya ada bas atau lori yang menghampiri dan hendak memotong kami.
Lenguh tengkuk sebab mata tak lepas tengok side mirror kanan. Tapi, demi keselamatan bersama, aku rela...
9. Jam 7.30pm kami berhenti di kedai-kedai menjual pelbagai makanan yang boleh dibuat sebagai ole-ole. Time ni, semua dah ngadu keras punggung la. Kebas la. Tak rasa apa-apa la. Segala aktiviti stretching dilakukan dengan suka-ria.
Tengoklah vespa dia... memang rupa lasak abis. Dah modified. Aku perasan ada setong minyak motor kat kaki dia, ada bendera tinggi, ada sleeping bag dan banyak lagi bag-bag lain dia bawak. Respek la dengan ketahanan mental dan fizikal beliau!
Gambar di atas diambil pada pagi berikutnya. Check semua sebelum pusing-pusing Siantar. Banyak asap! Masa ni laaa aku bermain-main dengan kamera SLR Latiff.. masih amateur. Tak reti sangat.
Sebelum gerak ke Kebun Binatang, kitorang dah lepak lama giler kat kedai makan sebab hujan lebat. Amar dan Latiff dah tertido kat kedai tu. Kami siap boleh pesan makan dua kali sebab stuck takleh kemana-mana dalam hujan.
Pertama kali jalan-jalan ke zoo tak rasa bosan. Boleh dikatakan setiap haiwan yang kitorang jumpa, kitorang pasti akan usik, bermain dan ada je perkara lawak terjadi. Best la! Kalau nak tengok sifat penyayang Rustam terhadap haiwan, bawaklah beliau ke Zoo. Memang ketara giler! hahahaha
Bagi yang tak tahu, bila piston anda jammed, tayar belakang akan locked. Lampu vespa diorang terpadam. (kalau aku salah, sila betulkan k)
Kebetulan pulak mereka dok paling belakang. Kami second last. Masa aku pasan lampu vespa diorang terpadam dan berada JAUH di belakang, itulah kali ketiganya piston diorang jammed. Huhu. Kalau aku, cuak beb. Mana tau ada pontianak ikut terbang sekali atas kepala ke.. *bengong!*
24. Peace to all the haiwan-haiwan dalam Zoo. Especially Siberian Tiger yang BESAR GILER!!!! Takotnyer kalau bayangkan kandang dia terbuka dan harimau tu terlepas. Ngeriii....
...................................................................
Selepas kitorang dah puas round zoo pada tengahari Ahad itu, kami terus pulang ke rumah nenek Ayu untuk berehat. Tido puas-puas. Malamnya jam 10 kami keluar makan malam pastu balik ke rumah dan tido lagi!
Jam 3.30am pada hari Isnin, kami bangun dengan mamainya dan get ready. Pack all the things dan meredah jalan raya dalam kegelapan menuju ke Medan.
Sejuk jangan cakap!! Kebetulan, aku tertinggal sweater kat Medan. Nasib baik inhaler tak tinggal. Sepanjang keberadaan di Siantar, 3 kali kot aku kena inhale reliever. Nasib baik Amar (batch 08) bawak sweater lebih. Cewah, macam tahu-tahu je ada yang tak bawak sweater. Thank you Amar. Thank you! thank you!
Jalan raya banyak lubang.. geram betul tiap kali tayar tersentak sebab termasuk dalam lubang kecik-kecik. Ada sekali tu, kitorang jumpa lubang kat tengah-tengah highway tanpa sebarang warning. Lubang tu cantik je bentuk empat segi (macam nak buat kolam renang tengah-tengah jalan raya) dan dalam! Bahaya siot... Lubang tu dibuat untuk perbaikan jalan raya. Nasib baik kami nampak. Ada lori yang jalan saing dengan kitorang terpaksa stop mendadak bila nampak lubang tu. Bahaya, bahaya...
Jam 3.30am pada hari Isnin, kami bangun dengan mamainya dan get ready. Pack all the things dan meredah jalan raya dalam kegelapan menuju ke Medan.
Sejuk jangan cakap!! Kebetulan, aku tertinggal sweater kat Medan. Nasib baik inhaler tak tinggal. Sepanjang keberadaan di Siantar, 3 kali kot aku kena inhale reliever. Nasib baik Amar (batch 08) bawak sweater lebih. Cewah, macam tahu-tahu je ada yang tak bawak sweater. Thank you Amar. Thank you! thank you!
Jalan raya banyak lubang.. geram betul tiap kali tayar tersentak sebab termasuk dalam lubang kecik-kecik. Ada sekali tu, kitorang jumpa lubang kat tengah-tengah highway tanpa sebarang warning. Lubang tu cantik je bentuk empat segi (macam nak buat kolam renang tengah-tengah jalan raya) dan dalam! Bahaya siot... Lubang tu dibuat untuk perbaikan jalan raya. Nasib baik kami nampak. Ada lori yang jalan saing dengan kitorang terpaksa stop mendadak bila nampak lubang tu. Bahaya, bahaya...
Kitorang bawak kali ni lebih laju. Laju dan berhati-hati sebab nak kejar masa supaya tempat chilake yang bernama Amplas tu tak jammed teruk seperti mana kitorang mula-mula lalu on the way ke Siantar.
Jalan raya agak jammed dengan big lorries and big busses. Kalau kat Malaysia la kan... kenderaan berat haruslah di lane kiri dan takleh bawak laju-laju kan? Tapi di sini, lori ke, bas ke, sama je nak speed macam kereta biasa. Gerun weh. Bas-bas ekspress di Medan ni, janganlah naik kalau korang sayang nyawa. Seram nengok. Diorang bawak laju giler!!
Bayangkan, ada dua bijik lori bersusun di depan (jalan cuma ada dua lane, dua hala), bas kat belakang boleh try speed nak potong dua bijik lori tu! Yang lori-lori tu pulak bukannya bawak perlahan. Pun bawak laju jugak! Bas tu sekejap masuk jalan nak potong, sekejap masuk balik ke belakang lori. Kalau ada motor careless dan terus ke belakang lori, pastu si bus tu tetiba masuk balik ke belakang lori, mesti dah eksiden. Tak pon, kalau tetiba time bus tu pecut potong 2 bijik lori kat depan, pastu dia bertembung jugak dengan lori atau bas, mesti kitorang akan lihat satu lagi eksiden. taknaakkkk....!!
Jam 9.30am, alhamdulillah kami selamat sampai ke Medan. Disebabkan jalan raya asyik membuntuti lori dan bas, muka jadik hitam. Kalau lap muka dengan tisu, obviously ada warna hitam kat tisu. Yek.
.................................................................................
Trivia sebelum trip:
Trivia sebelum trip:
- Seperti biasa, sebelum jalan kena mintak izin dan inform orang tua dulu sebelum pergi jalan jauh. Buatlah kalau tak nak hilang kepercayaan dari mereka dan kalau nak selamat dunia akhirat. Aku, kalau kedapatan buat things membelakangkan diorang, kompom telinga pedih kena bebel. Paling parah, duit elaun kena potong. Tak mau beb!
- Aku tersilap bagi info. Sangkakan ke Danao Toba. Tak tau plan sebenar ke Siantar. Lagipun nama Siantar tu rasa asing sangat. Tak macam Danao Toba yang dah femes.
- Akibatnya, ibu menghalang. Ibu mati-mati menghalang! Katanya, tak boleh pergi Danao Toba dengan Vespa! Kalau pergi dengan van boleh. Tapi bukan dengan motor. Huhaa...
- Bapak aku relax je. Dia bagi green-light. Dia bagi duit belanja ke sana. Dan beliau mengingatkan aku untuk bersedia bontot jadi kebas. And ofkos la ayah ada tanya keputusan aku nekad ke tak sebab dia pun dah ke Danao Toba. Ayah dan Ibu pernah sama-sama ke Danao Toba. Mereka berdua admit jalan ke sana sangat mengecutkan jiwa raga.
- Setelah dibuat pembetulan, barulah ibu bagi lepas... LEGA!! Green light dari orang tua tu penting kalau nak selamat perjalanan pergi dan pulang tau! Berkat...berkat... I know they'll recite silent prayers in their heart for my safety. Tu yg penting!
- Trip ni memang tak banyak singgah tempat, kecuali Zoo. Tapi, dia punya thrill dan adventure, pergghhh!! Kalau aku disuruh pergi lagi, sumpah aku taknak pegi lagi. Aku akan solat istikharah banyak-banyak.
- Thanx to Latiff, my driver yang berjaya membawa aku pergi dan pulang dengan selamat. Memandu dengan berhemah. Berkeyakinan tinggi walaupun situasi di jalan raya masa tu... aduhai... mengucap kin, mengucap!!
- Aku tak nak ulang lagi. Itu pengalaman pertama dan terakhir aku. Takut!!!
p/s: Penatnya tulis entry nih... panjang giler. Maaflah kalau membosankan.

5 craps too!:
This is one of the best entry yang aku penah baca dalam blog ko. Pengalaman yang ko dapat tu is priceless, bukan senang2 nak jumpe otak manusia kat tgh jalankan? X sangke konyer shock tu lambat... aku rase kalo orang len dah x sempat nak tangkap gambar dah terpengsan kot. Luckily theres nothing bad happen kat korang kan?
tau takpe!! Aku tengok gak member vespa yg lain. Semua cuak. Aku masih pegang handset untuk snap gambar. Memang real lah dapat tengok otak dan cebisannya bersepai kat jalan raya... Fresh corpse tu. Masih panas kalau kau pegang.
TU ar, alhamdulillah takde pape jadik ngan kitorang walaupun perjalanan sangat menguji keteguhan hati. Kalau ada kapal terbang, aku amik je flight tu ke medan terus! hahahaha
Apa2 pun, teamwork sangat penting. Aku appreciate teamwork yang terbentuk sepanjang perjalanan... Gestures communication sepanjang perjalanan sgt membantu!
wow..sgt adventure nya...pengalaman yg best...
huhuh..kat sini susah ckit nak rasa pengalaman mcm tue..g jenjalan..im alone..huk3...n d best part dpt tgk otak org kat tepi jln ek..
kesian sungguh xda yg membantu..klu kat msia mesti da ada org panggil polis n ambulance..
love msia...hmm...
apapun...klu tmpat2 yg bhya jgn g la...k.
tke a very good care of ur self there...
bak kata org..ujan emas d ngri org..ujan batu ngri sendri..baik ngri sndri...k....
=]...
hahaha. Balik malaysia boleh jadi giler babi nyer berani bawak kereta macam hantu sebab kat sini dah biasa bawak ikut cara mereka. Semua selfish di atas jalan raya.
Yep,yep. Ofkos i sayang lagi negeri sendiri.. lagi-lagi sabah. Feewiitt org sabah!
Wadus...ini sangat meloyakan tekak aku
Post a Comment
Jangan lupa gosok gigi sebelum tidur~