Sekarang aku dah tambah lagi ikan emas! Now dah ada 6 ikan emas dan sekor ikan bandaraya (sucker-fish).
Weeee... makin meriah aquarium ku! Ada 3 species yang berbeda. Tiap satu species aku belikan sepasang.
Ada jenis Black Moor goldfish:

Peratikan.. kalau diorang disilaukan, ada imbasan kaler gold... nice!! Tapi mata diorang, jenis mata teropong.. jenis yang tersembul keluar. Hehehe.

Mmg sebijik camni ikan pearlscale aku. Mcm ikan buntal but their stomach never get flatten! Kepala dia ada hoods. Badannya ada pearlscale. Ikan aku ekornya fork-tail.
Dan Oranda:

Spesis yang PALING aku suka!! Cantik... Kalau di US, mixbreed spesis ni paling femes. Tapi kalau di Japan, jenis Lionhead yg femes. Dulu sebelum aku tahu, aku panggil lionhead tu macam beruang tembam. Comel!!
Diorang semua masih kecik2 lagi.. Perangai pun sekor-sekor kelakar. Kalau diorang lapar kan, semua diam terapung tak buat apa2 kat aquarium. Tapi after diorang abis makan, perangai nakal diorang keluar balik. Diorang suka telan pasir-pasir, pastu luahkan semula. Pastu telan lagi. Then luah lagi. Berulang-kali diorang buat tanpa jemu. Aku tengok, aku yang trauma. Takut-takut pasir terlajak masuk ke dalam usus mereka. Nakal betul!
Kadang-kadang aku suka amik pembaris aku untuk dicelupkan ke dalam aquarium, pastu gi usik-usik ikan bandaraya yang suka melekat bertempek kat mana-mana permukaan yang beliau boleh menempekkan diri. Tadi aku kelucuan tengok dia melekat kat mesin filter. Benda tu tak merbahaya... mesra alam. Cuma mesin tu ada getaran halus je la. Dia gi sedut2 segala lumut halus yg wujud kat permukaan filter. Nice job kan??
oh damn. Di saat sedang menaip entry ni, aku baru je pasan ada sekor Black Moor mati!!! Beliau stucked kat permukaan penyedut mesin filter. Oh damn... rupa2nya bukan si Bandaraya yang menempek di sana. Patutlah aku terkesima sekejap; Sejak bila aku ada dua ikan bandaraya?? Oh noooooo!!!! Kurang sekor, tinggal 5 ekor. Kesian si Bandaraya tak dikira sekali. Yela,yela. Tinggal lagi enam. Uhuh. Uhuh. Sedih pulak. Uhuuuuuuhhhhh...
Terus tak terasa lawak lagi buat sementara waktu.
.
.
.
Berkabung sejenak.
.
.
.
Okay, dah habis berkabung. Now sambung citer semula. Tau taaaakkk... rupa-rupanya si Flyer bukannya pure spesis Lionhead. Tapi mix-breed. Dari jenis veil-tailed + lionhead. Sebab tu laaa.. si Flyer aku dulu ada kepala yang cantik, ekor yang kembang macam gaun (sampai aku pernah panggil dia princess yang bodoh), kuat makan, kuat gedik-gedik dan manja, kuat terhantuk kat dinding, dan kuat menyambar jari aku kalau aku celup jari ke air. Dia sangka makanan dia.
Ingat lagi Flyer yang aku pernah citer dalam entry dulu? Kalau belum kenal inilah beliau:
Comel... paling aku suka usha mulut dia yang muncung and tembam. Mata bulat. Idong kembang. Hiihhhh.. comel sangat!! Susah nak amik gambar Flyer ni sebab dia lincah. Takleh duduk diam. Asal aku nak snap gambar, dia akan terlompat-lompat ke permukaan air sebab dia sangka aku nak bagi makan. Hahaha. Lupa pulak ada satu cara untuk mendiamkan ikan emas, yaitu dengan cara tutup pump oksigen. Terus passive!!
Rindu lak ke Flyer... Dia lasak. Aku tahu dia lasak sebab sebelum ni kalau aku tukar air dia, aku salu tembak2 dia dengan air paip. Tak pun, aku sengaja jirus air tinggi2 dari gayung ke dalam balang dia.. Konon-konon nak bagi dia nikmati air terjun buatan lah.
Pernah sekali aku hampir meracunkan Flyer. Beliau steady je.. sihat!
Paling ngeri, pernah sekali itu... masa kami nak pindahkan Flyer dari rumah aku ke rumah Latiff, kami simpan dia dalam plastik roti (hahahaha). Sebab semua plastik lain bocor. Plastik roti je kukuh.
Sebelum sampai ke rumah, kami pergi makan. Kami borak-borak dengan kawan-kawan yang jumpa kami dia kedai makan. Kemudian pergi tengok mereka main pool 2 set. Punya seronok buang masa. Tau-tau masa tu Flyer dah terapung upside-down dalam plastik roti tu! Pucat muka aku! Puas aku kuis-kuis. Dia masih hidup. Tapi mungkin dah start lemas. Giler kelam-kabut kami selamatkan baby kami itu. Tu la, bapak dia selamba je pegi main pool.
Sampai je kat rumah, terus tuang ke dalam baldi berisi air dan letakkan pump manual. Baru la Flyer tergedik-gedik semula. Legaaaaaa.........
Fuh, itu semua kenangan dengan Flyer tuuu... Sayang sangat ke dia sebab dia clumsy dan gedik.
Nah, klik kat sini kalau nak tengok lebih banyak gambar member Flyer.
Tak pun, tengok sini kalau nak tahu lebih pasal goldfish.
p/s: masih terbayang camner rupa sekor Black Moor tadi mati... Huhu.
p/s: Tak dapat amik gambar sebab camera problem sejak semalam. Huhu. Sebab tu kena cilok gambar dari internet.
updated: Setelah dilakukan pemerhatian, kematian sekor black moor tadi mungkin diakibatkan oleh pemakanan yang salah. Pellet foods yang dibelikan bersaiz besar dan tidak sesuai untuk bayi-bayi seperti mereka. Makanan seperti itu lebih sesuai buat Flyer yang dah besar gajah. Mungkin makanan tu got stucked in their usus (goldfish takde perut, untuk pengetahuan semua). Kemudian, bila diperhatikan, tiap kali mereka sedut pellet tu, pellet tu pasti akan terkeluar balik sebab tak muat. Diorang akan berusaha suap balik, tapi terkeluar. Then suap lagi. Dan berulang kali melakukan prosedur tu sampaila pellet tu dah jadik lembek dan boleh ditelan.
Tetapi, adakalanya mereka hanya membiarkan pellet tu jadik lembek dan tenggelam ke dasar aquarium. Makanya habit 'korek-korek' pasir tu timbul. Sebab aku baru perasan di celah2 pasir tu sebenarnya ada makanan yang dah tenggelam beserta taik diorang. Huhu.
Setelah black moor mati, badannya tidak terapung kerana adanya daya sedutan yang dihasilkan oleh filter. Kiranya aliran air dalam aquarium ini tidak statis. Ada air yang masuk dan ada air yang keluar. Sebab tu ikan aku rajin exercise berenang melawan arus. Beliau bukan mati kerana filter. Tetapi, that filter yang hold the dead body. So after this, kalau nak usha ada ikan mati, tengokla dasar filter.
Lesson learned. Esok, cari makanan baru! Perbaiki kesilapan. Ayat skema pun sila diperbaiki. Sungguh tidak menarik. Hahaha.
Tetapi, adakalanya mereka hanya membiarkan pellet tu jadik lembek dan tenggelam ke dasar aquarium. Makanya habit 'korek-korek' pasir tu timbul. Sebab aku baru perasan di celah2 pasir tu sebenarnya ada makanan yang dah tenggelam beserta taik diorang. Huhu.
Setelah black moor mati, badannya tidak terapung kerana adanya daya sedutan yang dihasilkan oleh filter. Kiranya aliran air dalam aquarium ini tidak statis. Ada air yang masuk dan ada air yang keluar. Sebab tu ikan aku rajin exercise berenang melawan arus. Beliau bukan mati kerana filter. Tetapi, that filter yang hold the dead body. So after this, kalau nak usha ada ikan mati, tengokla dasar filter.
Lesson learned. Esok, cari makanan baru! Perbaiki kesilapan. Ayat skema pun sila diperbaiki. Sungguh tidak menarik. Hahaha.


3 craps too!:
ahah..
kejam nya mak bapak c flyer nih...
sanggup letak ank dlm PLASTIK ROTI...
seday sungguh d dgr..siap g jenjalan..
ahhaahaa...alen kali ingat ank kat dlm plastik roti ek klu nak pindah...=P
tersangkut kat pump? adoi aku mula2 baca entry ni terpikir, macam citer finding nemo la plak... pastu baca2 balik rupanye k salah bagi makan hahaha... Seb bek baru anak ikan kalo anak orang ko wat camtu x tau la camnekan... Post ko kali ni agak informatif gak aarr coz aku mana tau ape2 pasal ikan emas ni.. leh wat rujukan di masa hadapan ahaks~
huhhuhu...cayala...sume fact pasal ikan dah dikeluarkan,,pasni u kuarkan pasal ikan jaws plak..hehe
Post a Comment
Jangan lupa gosok gigi sebelum tidur~