"Jakok steven, jakok!" Kenangan paling kelakar!!! "Agi idup, agi ngelaban" Ntah dari mana datang peribahasa ni. "Anang berekak"
oklah, cukup2lah.. 'Enough', bak kata orang sabah. Nanti orang boikot lak blog ni sebab tak faham bahasa. Tadi tu BUKAN bahasa sabah tau. Bukan jugak bahasa Iban (kecuali yang ber-font biru). Tapi adalah bahasa SARAWAK.
Anyway, exam dah nak dekat... mid-sem. Dari tarikh 16 Mac sampailah 27 Mac. Giler lama! Ada 10 paper kena amik... Kalau final nanti, ada 13 paper termasuk lab test.
Seperti biasa, aku banyak buat latihan berdasarkan past year question je. Malas giler nak cramp-kan paler sedahsyat-dahsyatnyer sebab soalan selalu berbunyi lebih kurang aje dgn past year.
Tetiba kaannn.. time-time macam ni la datang rindu ke ayah (yaaa..im daddy's gurl) laa... ke adik2 la... ke emak la.. Rasa macam nak tatap je wajah mereka walaupun ayah aku salu tunjuk muka kerek all the time. Hehe. Nak jugak maintain muka pengetua dia. Takpe2, fahamm... Ayah, muka je camtu tapi hati dia baaaaiiikkkk sangat. Caring and loving and generous! Tetiba teringat lak masa Latiff mula-mula jumpa dan berkenalan dengan ayah dan ibu. Ibu sporting habis! Ayah je pasang 'muka pengetua' dia. Heeeyyy...geram sungguh rasa hati ni. Tapi dah tau dah, standard ayah mmg camtu bila berdepan dengan teenagers or budak kuliah (termasuk anak-anak dia hokeyy). Yang peliknya, kerek2 camtu pun, bukan sekali dua aku pernah dengar kawan2 perempuan kata ayah handsome. Ija kata ayah macho sampai dia rasa malu-malu bila mengadap ayah. Sungguh boddow. Hahahah. Masa tingkatan 5 dulu lagi best. Sorang member datang ke bilik asrama dan gitau aku ada pelawat. Seorang abang. ABANG?? perghhh.... geli siot. Hahahahahahaha.
Tapi sejak ayah main golf siang dan petang...kulit ayah dan makin gelap dan kering... sunburnn.. dah tak nampak fresh macam orang umur 30-an lagi... Heheheh. Ni kalau gitau dia, sah-sah dia gelisah! My ayah pantang sekali if ada orang tegur perut dia buncit.... sentiasa nak awet muda hokeyy..
Oppp..cop2. Melalut citer pasal ayah jauh sangat. Nak wat camner.. RINDU.
Semalam ayah hantar email beserta gambar Char Kwey Tiaow dan resipinya sekali. Itu sahaja. Tanpa penjelasan lanjut. Haih, time-time tu jugak aku rasa macam nak amik wallet, terus terbang ke Penang Corner untuk order satu char kwey tiaow! Omaigod...sungguh tak lawak, ayah. Lagi2 bila email ayah dibaca jam 5 petang ketika lunch tidak diambil sama sekali.
Okey, di sini ai nak tunjukkan gambar dan resipi Char Kwey Tiaow yang ayah bagi. Sharing is caring!~
Bahan-bahan yang harus ada (bak kata ayah):
Kuay Teow, Udang Saiz Sederhana, Kerang (direbus), Telur (B@C), Cili (dimasak +gula+garam), Bwg. Putih (diblender), Air Udang (direbus +gula+garam+sedikit serbuk belacan+penambah perasa), Kuchai dan Taugeh.
Cara memasak:
- Panaskan minyak dan goreng udang 2@5 ekor hingga masak, ketepikan ditepi kuali.
- Tinggal sedikit minyak dan tumis bawang putih dan sedikit sambal cili hingga naik bau. Boleh tambah kerang jika mahu.
- Masukkan kuay teow (+-100 gm), sedikit kuchai & 1 sudu besar @ lebih pati kicap CKT.
- Kuatkan api, kacau sebentar dengan hujung sudip memutar/memusing arah/lawan jam. Masukkan air udang (cukup utk sedikit berkuah), kacau seperti di atas dan masukkan sedikit taugeh.
- Tolak semua ketepi kuali. Pecahkan sebiji telur di dalam kuah dan kacau telur sehingga seperti separuh masak. Telur tak perlu kacau/gaul bersama kuay teow.
- Masa untuk menggoreng hanya kurang 2 minit. Tutup api dan hidangkan.
*Petua untuk menjaga rasa original dan kesedapannya.
- Setiap kali menggoreng hanya untuk 1 pinggan hidangan sahaja.
- Gunakan api yang kuat @ gunakan dapur high pressure.
- Kacau pati kicap CKT setiap kali digunakan.
- Simpan kicap CKT di dalam chiller jika tidak digunakan supaya tahan lama.
p/s: Ayah, macam kantoi je ayah amik kat mudah.com.my?? tuu... ada tag gambar tuuu... hehe.

4 craps too!:
wah!!!!!!!! sedap.....
waa..mau~
kak kin..aqis pon daddy's gurl..
proud of it..hihi
wahhh...mcm seronok je...huhuhu..
terliorrr...heheheh..
mke pengetua..
heeee~
smpi skrg pn aku still tkut nk ada conference ngan ayah..
mke ganasss!!!
aku pn kne bljr ar wat mke cm2..
hahahah~
Aqiss,
Nampak sedap kan??? Tapi kalau nak kak kin masak jadik cam gambar tu, agak mustahil laahhh... Rasanya abg Latiff masak lebih jadik kot
Go Daddy's Girl!
Along,
Liur lagi long... *droolingg~~* HAHAHAH
Luqman Hakim,
Betul2! Aku pun! Tapi bila makin besar ni kan, rasa takut tu dah takde sangat dah. Lebih kepada rasa SAYANG yg sangat2 dan rasa nak BERLAWAK dengan ayah dan rasa KESIAN tengok ayah tiap kali ayah pulang kerja. Ayah ada dua tahun lagi nak masuk umur 50. Simpan duit! Kita selebret ayah!
Post a Comment
Jangan lupa gosok gigi sebelum tidur~