Meh nak citer apa yg berlaku pada 11 Mac 2009 (Nice Wednesday):
1. Kuliah Ilmu Gizi.
Pada sesi discussion after lecturer dah abis bagi kuliah, aku tanya soalan yang lebih kurang berbunyi camni lah:
"Doc, jika ada seorang patient ni, walaupun dia consume banyak giler makanan yang hi-calsium, tapi bila dia pegi wat pemeriksaan, hasil menunjukkan dia masih kekurangan calcium. Apakah ada 'blocker' yang menghalang penyerapan calsium nya dan apakah jenis makanan yang mengandungi calcium blocker?"
Pastu doctor tu jawab, "blablabla... bergantung pada homeostasis... blablabla.... Bioavailabiliti.... blablabla... Berapa umur si patient??"
"Awal 20-an"
"ohhh, Sepatutnya umur 20-an itu masih muda dan kuat ya. kadang-kadang, disebabkan terlalu banyak makan, jadik aturan penyerapan calsium terganggu. Ataupun, apabila terlalu banyak makan pada satu-satu masa, mungkin menyebabkan blablabla.. Jadi, adakalanya banyak makan itu blablabla.."
Time ni aku dah dengar gelak-gelak kat seat blakang. Aku tak tahu kenapa. Lecturer terus bercakap dan bercakap tanpa sempat aku nak nyelit. Tengok cara dia cakap macam yakin dan excited je, tak sampai hati lak aku nak argue yg doc ni dah salah faham kot dengan kehendak aku sebenarnya. Haha. Tetiba dia tanya lagi'
"Patient itu lelaki atau perempuan??"
"Perempuan" Aku jawab sambil sengih. Diri aku sendiri lah yang dimaksudkan.
"Disebabkan saya tak pasti berapa jauhkah kadar kekurangan itu, tapi sekiranya hanya di bawah batas normal, bagi perempuan ianya tak perlu dirisaukan sangat kerana masih ada hormon estrogen yang akan melindungi."
Yeayy...tak perlu cuak sangat kekurangan calsium.
Now, mesti korang pelik apesal aku cerita benda ngarut ni kan. Hehe. Ekceli, yg menjadik point dalam cerita aku ni adalah, abis je kelas, dak-dak cina dan india yg dok belakang aku tadi (ye, yg gelak-gelak tadi) semua kata aku tanyakan soalan tu untuk Latiff. Hahahaha. Puas aku nafikan tapi diorang taknak percaya. Siap kata aku cover kat ujung-ujung tu dengan menyatakan si patient adalah seorang perempuan! haha. SOrry sayannnggg...
2. Breakfast di kantin faculty.
Seperti biasa berebut-rebut nak amik tempat duduk. Aku, Mira, Dyana, Atiss, Lily dan Liyana duk semeja berhimpit-himpit kat meja bulat. Aku tak sedar pun handset yang aku tinggalkan di atas meja untuk pegi order makan dah hilang. Dah nak abis makan baru aku teringat untuk check sms dan pada masa tu la baru aku pasan handset dah takde! member dok suruh tengok kat semua tempat. Dalam beg la, poket la. Dyana siap tanya kat makcik kantin dan meja2 kat sekeliling. Atiss kol handset aku and its ringing! Member semua tolong selongkar dan belek-belek mana yang boleh diselongkar. Tapi aku remain relax sebab aku yakin ni mesti kes Dyana sorokkan handset aku. Dah biasa sangat dah kena gurau2 camni. Hahahaha.
Tengok-tengok, handset aku kol handset atiss. Bila diangkat, suara Ah Chun yg bersuara, 'amik balik telefon awak'. Tutup tefon. Hah! Dah tau dah! Memang sah kena prank lagi!
Directly aku pegi meja makan sebelah dan ketuk Ah Chun. Ah Chun pulak nafikan. Aku tanya Kesevan, Ah Bong, Ah Long, Wei Sheng, dan Quah... semua tak mengaku. Tak ngaku ekkk... tapi aku dah ternampak rantai handset aku tergantung-gantung keluar dari poket Quah. KANTOI!!!! Hahahahaahah.
Terpaksa admit that im a CLUMSY KEEN
p/s: Hari ni pertama kali pakai baju kurung semula setelah berkurun lama tak dipakai. Ramai yang hampir tak kenal dan rasa hairan/aneh/pelik. Hehe. Latep siap amik gambar! Dia happy tengok aku ayu sekali sekala. hahahahahaha. Tapi ada jugak yg komplen aku match baju kurung dgn kasut nike. Tak sesuai. Eeee...tak selesa naik tangga langkah 1-1 anak tangga. Selalu redah 2-2 anak tangga terus.
3.Lab Dental Material.
Nervous nak berdepan dengan grup member; Lavanyah, Ah Chun dan Catherine sebab saya tak sengaja dah termenghilangkan 3 ketul bahan dari hasil kerja minggu lepas. Kalau ikutkan kena siapkan 5 bahan. 3 dah hilang dalam bilik!! Tak tau mana pergi... So, the night before dah sms setiap sorang untuk meminta maaf dan bagi cadangan serta tanya pendapat mereka apa yg patut dibuat esok. Awal-awal dah serah diri untuk bertanggungjawab ni beb.
Tapi member dari group aku ni sangatlah nice... diorang tak bagi aku buat sorang2 sepanjang kitorang kena ulang lagi buat kerja minggu lepas. Lavanyah balik-balik pujuk 'its okay la gal' everytime aku nekad nak buat keja sorang2 untuk menggantikan 3 biji model minggu lalu. Ah Chun pun best! Idea dia mmg bagi aku relax dan tak abis2 tolong tengokkan model dan segala proses yang berjalan. Catherine volunteer untuk tolong mengaduk bahan cetakan dan tolong-tolong mana yg boleh tertolong.
Akhirnya, instead of 5 ketul model yg kena buat, akhirnya kitorang hampir-hampir nak buat 7 sebab aku terlajak buat lebih. Yippieee! Memang sayang kat diorang!
4. KARAOKE TIME!!
Yep, abis je lab terus balik dan tukar baju kurung kepada jeans and tshirt. Bawak sling bag lalu sumbat dengan wallet, lipbam dan big-sized sunny! Heheh. Aku, Mira, Dyana, Adib dan Latiff gerak sama-sama dari Srikandi House.
Kitorang spent 3 jam menyanyi dan seperti biasa aku akan membawakkan lagu trademark My All by Mariah Carey. Kali ni tak nyanyi lagu Rossa. Bosan. Pun tak nyanyi lagu Celine atau Whitney. Bosan. Semua lagu aku hari ni berunsur rock dan pop (Avril, Ashlee, Britney, Cranberries, Rihanna, dll). Heheh. Dyana sangat cun bawak lagu jepun Hana Yori Dango. My Latiff nyer suara sedaaaap... dia bawak lagu2 awie dan indon semua jadik! I fell in love again!! Mira nyer suara terbest masa dia bawak lagu kelly clarkson. Adib...semua lagu dia aku tak kenal. Dib, ko nyanyi ape hahh? Hahahahaha. Tapi part dia gabung suara dgn latiff mmg menjadik. Suara adib tinggi okayhhh!
Lepas karaoke, kitorang gerak gi Itcho sushi. Makan banyak bagai nak rak. Mira sangat cute sebab rupa-rupanya dia first time masuk kedai makan Jepun. Cute, cute! Aku tolong pesankan makanan untuk mira. Sian dia, aku tak tahu dia tak suka seaweed lak. Bila aku sua Green Tea pun, dia buat muka 'wek'. Hahaha. Kitorang borak dan gelak bagai nak rak. Especially bila masing-masing bukak cerita pasal lab dental material pagi tadi. Aku belajar istilah baru dalam hidup yaitu, 'Bagi karaoke' dan 'Jadi bomba' or 'pili bomba'. Perkataan 18xxx nih! Sape underage takleh tau! Mati-mati aku gelak. Kel-lakar!!
5. Appointment with Dr Muslim, specialist orthodontics.
Bila Latiff dah kenyang sekenyang kenyangnya, barulah kitorang berdua gerak ke klinik gigi Dr Muslim. Appointment hari ni untuk sesi kontrol. Latiff pilih getah kaler PINK hasil pilihan aku dan Adib masa kat Itcho tadi.
Hari ni gak dah genap 2 bulan Latiff kontrol gigi so hari ni gigi premolar 1 kiri mandibula dia akan dicabut! Weeee..... Aku cuak! Aku nervous! Aku excited!
Aku berdiri sebelah Dr Muslim dan perhatikan kerja-kerja beliau. Sambil-sambil tu aku berborak dan tanya itu ini dengan doctor. Untuk makluman semua, Dr Muslim ada Dosen Wali aku atau Lecturer Mentor di uni. Dia langsung tak kisah bila aku tanya macam-macam or insist nak tengok pekerjaan dia sebab dia kata, "Karena sakinah ini (mau jadi) dokter juga...jadi saya fahammm" Hahaha. I love you la doc! I like the way he explains everything secara mekanikal, histologi dan saintifik. Dia explain guna bahasa medic. Aku suka. Aku tak suka MOST doctor yang aku jumpa kat klinik/hospital yang suka bagi penerangan dengan menggunakan bahasa kampung. Ingat aku tak faham sangat. Bila aku cakap aku ni budak bio, tolong bercakap dengan bahasa bio ye. Sabun dalam contact lense solution. Terpinga-pinga aku. Cakap je desinfectant. Susah sangat ke wahai akak yang kerja kat kedai spek??
Hah, balik pada cerita asal! Kemudian aku melihat Dr Muslim prepare syringe untuk inject anastesi kat gusi latep (sorry, aku tak blaja lagi katne Dr tu inject precisely). Adoyai, masa tu aku dah rasa macam, crappp...this is my beloved one yg kena seksa kah?? Hahaha.
Sementara menunggu efek anastesi (ubat bius) untuk bertindak Dr Muslim pasang getah baru kaler PINK pada kawat gigi latiff. Kemudian masa nak mencabut tu, Dr Muslim memulakan dengan bacaan Bismillah lalu mencuba mengekstrakkan premolar 1 latiff. Fuhhh.. bukan senang jugak ekk. Sampai terangkat-angkat kepala my sayang dari dental chair!
Bila gigi dah berjaya dicabut, first thing aku nampak adalah lubang/soket dalam rahang! wuiyohhhh... first time aku nampak! Still bloody! Wow. Sakai. Enough, kin. Haha.
Jam 9.15pm kitorang gerak balik dengan becak. Latiff senyaaaaaap je sepanjang dalam becak. Sempat dia minta maaf if dia takde mood or termoody pada waktu tu. Tapi aku faham... kesan cabut gigi tu buat dia terasa agak stress cuz the bleeding belum brenti sepenuhnya and the pain is still terasa walaupun ada ubat bius. Rasa pelik lak tengok my sayang dok diam macam kena hipnotized. Heheh.
Gigi dia yang dicabut tu aku simpan. Dr Muslim kata, cara untuk simpan gigi cukup dengan hanya cuci dengan air sabun je, lepas tu rendam dalam bleach selama setengah jam.
6. Tiba di Srikandi House
Elok je aku sampai rumah, aku kemas bilik, cuci air Flyer (ikan emas Lionhead aku yg comel), bagi dia makan, cuci kipas, mandi, pastu online kejap.
5 minit menghadap buku Periodontologi, aku dah nyenyak tido atas katil hingga terlupa tutup lampu.
abis cerita... giler panjang! Dah abis taip ni, tetiba aku merasa, perghh.. giler banyak merepek! Tak menarik langsung! Tapi, dah taip panjang2 camni, post jela. Sayang lak nak delete je. Hahahaha. Padan muka korang sape2 yg terbosan membaca. Aku tak paksa baca kan?
Thursday, March 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

3 craps too!:
wahh..satu hari yg pnhjang..
best nya..kat sn mkn sushi murah ek?..selamat menjadi doktor gigi...weee~~~~=D
along nak gak pkai breces tp takot n sedih gg kena cabot..huhuh...
i have no guts 2 do dat...
murah dan sedap! kat msia balik2 pegi sushi king je yg paling dekat. Menu tak best. Ada satu yg best di karamunsing. Tapi cuma bukak after jam 3pm. Centre point nyer kedai sushi OUT!! Hehe.
Alaa... pakai je braces. Angah tak plan pun nak pakai braces. Tapi lepas tengok xray gigi, baru angah tau ada beberapa gigi terpaksa dibedah, dibuang untuk tujuan kesihatan.
Post a Comment
Jangan lupa gosok gigi sebelum tidur~