
Mukaddimah...
Jumlah ikan yang berjaya dipancing oleh masing-masing:
Rustam: kosong. hehehe
Ayu: pun kosong. Like bf, like girlfren. Hahah.
Daus: kosong.
Nadia: bf borek, gf rintik. Kosong jugak. Hahaha.
Latiff: KOSONG. Diulangi, KOSONG.
Aku: satu. Good try for a beginner!
Amir: SEMBILAN! Paling shilaker. Hahahahahhaa.
................................................................
Pada hari tersebut, kitorang gerak 4 vespa ke kolam pancing ikan kat area Deli Tua. Jauh la jugak. Yang buat orang tak tahan tu sebab cuaca giler punya terik dan jalan agak sesak. Aku ingat aku sorang je yang rasa taktahanhampirpitam. Rupa-rupanya Rustam pun mengalami benda yg sama. Yelaa... pakai tshirt hitam. Tak pakai sebarang cover kat lengan. Memang kering la atas vespa.
Kitorang gerak jam 12 tghari. Sampai dalam jam 2pm, kalau tak silap.
Sampai-sampai je kat sana, kitorang amik tempat duduk beratap rumbia. Rustam dan Ayu share joran. Aku, Latep, Daus, Nadia dan Amir sewa joran untuk masing-masing. Umpan yang digunakan adalah cengkerik hidup dan pellet yang berbau pelik macam belacan.
Mula-mula melontar joran, macam-macam benda kelakar terjadi. Pelampung aku dan Daus tercabut dan tertinggal kat tengah2 kolam. Mata kail latep plak tersangkut. Berbelit. Aku tengok Rustam dan Ayu macam dah biasa mancing. Tak nampak kekok... uhuhu. Salute!
Amir jugak yang bergaya macho. *kononnnya*. Sambil mancing, sambil pakai spek itam dan dengar mp3. Sekali-sekala layan rokok. Hoho. Gaya seorang pria kesepian! Balik-balik kena jadi bahan sebab dok ujung sorang2. Yang lain-lain seronok je kenakan dia. Lucu!
Tapi, Tuhan itu maha adil. Tak lama selepas Amir campak mata kail, sekor ikan mengena! Huish... hebat tu. Dah dapat dah sekor. Kitorang ni sekor pun tak dapat lagi. Hahaha.
Tak lama pastu, sekor lagi mengena. Pastu, sekor lagi. Pastu ada lagi! Giler ahhhh! Memang Amir Sang Ikan la bak kata Daus pada hari tu. Menganga jela tengok Amir nyer pancing balik-balik mengena. Dah nak dekat jam 5.30pm gitu, barulah pancing aku lak mengena seekor ikan. Yeaahhh!! Latiff dah sengih2 jeles time tu. Ngihihih.
Bila dah hampir jam 6pm, kitorang berkemas-kemas untuk pulang sebab esok masing-masing ada kuliah.
Ini tangkapan Amir yang ntah kali ke berapa dah.. Lama-lama kamera pun boring nak amik gambar ikan dia je balik-balik.
Part ni kelakar giler. Amir tak reti pegang ikan!! Hahahahahahahahha. Ikan tu menggelupur dan 'bertawaf' sekeliling tikar tu sebelum Amir tepuk-tampar ikan tu dengan geram as if tampar nyamuk kat lantai. Baru lah dia berjaya pegang. Hahah! Lawak,lawak...Kesimpulannya...
1. Rugi giler Dalia tak datang tengok Penobatan Raja Joran hari tersebut jatuh pada Amir, si vespa oren!
2. Ikan suka pada pemancing yang lonely (kerana Amir keseorangan pada hari tersebut). hahahaha. Jangan marah..






2 craps too!:
latep dpt ikan bilis..
mancing d kolam... igt tek d laut ...suspen.
Post a Comment
Jangan lupa gosok gigi sebelum tidur~