Wednesday, December 31, 2008

End chapter of Year 2008

Aku ada bersama family pada penghujung tahun ini.

Ada adik-adik bersama aku.

Sepatutnya aku gembira. Memang la aku gembira. Tapi tidak total. Macam ada something wrong.
Sepatutnya aku gembira....

Biasanya dia pasti ada untuk berkongsi kegembiraan dengan aku.

This year ends with an obstacle lying in front of me. It is now up to me whether to be strong or not.

Antara berpendirian atau tidak. Bermaruah atau tidak. Kuat hati atau tidak. Tabah atau tidak.

Cinta atau tidak.





..............




Aku cinta dia. Dan takkan sekali-kali kehilangan lagi buat kali kedua...

"I know i misbehaved
And i made my mistakes
And we both still got room left to grow
And though love sometimes hurts
I still put you first
And we'll make this thing work
But I think we should take it slow
We're just ordinary people"
-Ordinary People by John Legend-

"I wanna make you smile whenever you're sad
Carry you around when your arthritis is bad
All I wanna do is grow old with you

I'll get your medicine when your tummy aches
Build you a fire if the furnace breaks
Oh it could be so nice, growing old with you

I'll miss you
Kiss you
Need you
Feed you"
-I Wanna Grow Old With You by Adam Sandlers-

"Kau genggam tanganku
Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku"
-Sempurna... Gita Gutawa-



Semua tu lagu kita. LAGU KITA. And i keep on listening to them. I made mistake. I forgot to care my borders. Im so sorry... i didnt meant to hurt ur feelings, dear..

I used to dont like people who puts on song lyrics in their blog. But today, im putting on those I love to hear everytime i miss you. I miss you.

I miss you.
I miss you




I miss you.
I miss you.


And I LOVE YOU so much, sayang...

Im so sorry for my misbehaviour...

Im not going anywhere. To stand by ur side is where i should be. That's where im going to be forever..insyaAllah..





p/s: Ada 2-3 entry yang dah aku prepared sebagai blog penutup dan terakhir bagi tahun 2008. Tapi aku tangguhkan dan save as draft. Mungkin belum sesuai untuk dipublishkan dengan keadaan sekarang. Januari nanti aku sambung.

p/s: Malam tahun baru aku akan berada di rumah nenek aku untuk bbq.

p/s: It's not my fault people fell in love with me. But maybe it is my fault if i act too soft and kind to everyone.







Comment is closed.

Friday, December 26, 2008

MengHITAMkan muka dengan happynya!

Aku sampai LCCT disambut oleh Abg Azril. Abg Azli dan Kak Yani dah tunggu dalam kereta.

Mungkin hikmah di sebalik kes tertinggal flight, aku dapat join family Aunty Normah untuk bercuti ke Port Dickson. Uuuu... excited siot. Aku pertama kali menjejakkan kaki ke Port Dickson!!

Aku berkenalan dengan family Aunty Sarah dan Uncle Roslan. Aku mulai kenal dan sayang dengan Nurul dan Farahin. Great people. Great family bonding.

Kitorang stay kat Legend Water Chalet Hotel (or resort??) selama satu malam. After check in, aku kena tarik untuk berendam kat swimming pool lepas lunch. Mula-mula aku rasa aku nak jaga kulit tanak itam, tapi lama-lama bila dah seronok main dgn Afiz, Ariena, Nurul dan E-in, aku dah bantai dah berjemur. Hitam pun hitam lah..

*latiff pun tengah berseronok kat Pulau Pangkor skang, sure2 dia lagi itam dari aku. So, no worries lah. Hahahaha.*

Selepas berendam dalam pool, kitorang berendam dalam jacuzzi pool plak. Pastu, naik atas untuk tukar baju, kitorang pegi gym. Klakar jugak la main dalam gym tu bagaikan kitorang yg punya. Sebab takde orang lain.

Berendam! Seperti yg anda lihat, ada seorang unknown ditemui turut sama berendam dalam kolam/tub kecik tu.

Dari kiri: Farahin, Ariena, Afis dan Nurul. Aku? menternak lemak di tepi sambil mengambil gambar.

Dah penat ber-gym, kitorang main futsal dan volleyball. Fuuuhhh... awal-awal lagi aku dah standby sunny. Aku ada migraine disebabkan silau matahari. Stand by jelah... takut tak tahan terik. Tapi, akhirnya, aku bantai gak tak pakai sunny. Kaki ayam je. Sonok pijak2 atas pasir... best!!

Thanx to everyone yg sabar ajar aku main beach vollerball. Selama ni aku selalu menolak untuk bermain game ni sebab aku tak reti. Not bad gak aku servis. hahaha. Terer sket la dari Nurul dan Farahin.

Keesokkan harinya aku hanya berendam dalam jacuzzi dan main basketball. Tak larat dah. Giler pipi, hidung dan bibir aku rasa pedih teramat! Aku tak perlu pakai mekap lagi buat sementara waktu sebab pipi dah nampak mcm pakai blusher dan bibir pulak merah sangat akibat sunburn. Tapi, kulit tetap lebih gelap lah.

Takpe, itam-itam pun, hati rasa puas. Aku enjoy :D Aku suka bermain inter-family sebab mengingatkan aku kepada adik2 aku yg sekarang masing2 duk jauh. Dulu masa kecik2 je salu main game sama2.... Sekarang dah susah nak kumpulkan adik-beradik. So, bila main dgn Uncle Roslan, Uncle Azami, Abg Azril, Abg Azlie, Afiz, Ariena, Nurul dan Farihin, aku rasa seronok.

Bagi sesapa yg blur, Uncle Azami adalah kawan lama ayah aku.


Ok, enough talking about my trip to PD. Im gonna spend 3 days in KL~

Happy holiday to everyone!

Sunday, December 21, 2008

Sebelum aku meninggalkan Medan....

Aku ditinggalkan pesawat terlebih dahulu.

Banyak gak dugaan aku!

Silap aku jugakla sebab tak pegi print flight itinerary sebab dah confident sangat dengan sekali view dari emel yg ayah bagi aritu. Takpe, takpe, Aku amik pengajaran dari kesilapan hari ni walaupun duit biasiswa aku terbang dalam RM400 sebab nak beli flight awal pagi esoknya.

Jutaan terima kasih aku ucapkan pada JIJIE sebab dah banyak giler-giler-giler tolong aku. Time kasih la weihhh.. ko mmg best! Memandangkan masa tu Latiff dah balik ke Malaysia, maka Jijie lah yang banyak tolong ganti tempat Latiff jap. Jaga aku. Uhuuu... thanx giler2 kat ko wehh..

Thanks jugak ke Khir Dzikri sebab gelak kat aku bagai nak bergegar bumi medan bila dia tau aku tertinggal flight. Ko mmg siot. Tapi ko berjaya gak buat aku gelak time frust giler. Thanx jugaklah.

Aku serious terkedu tak tahu nak buat apa masa kat airport Medan sorang-sorang. Dengan ramai giler mamat indon yang tak boleh dipercayai keikhlasan mereka, aku mmg takut bagai nak mati. Nasib ada Banu. Banu tinggi dan Banu kurang tinggi. Diorang ar yg tolong aku dapatkan taxi. Tq yg teramat pada Jega, Banu tall and Banu small!

Tapi, tengok-tengok aku naik taxi yg PALING mencurigakan seumur hidup aku. Taxi driver tu bukan bawak real taxi hokeyyh.. Dia bawak keta model BMW lama sebagai keta sapu. Dia suh aku duk depan lak tuh. Giler ah. So aku request duduk blakang. Aku tutup-buka dulu pintu untuk check sebagai keselamatan. *Hati-hati tau! Aku pernah naik taxi yg child-locknya dikunci menyebabkan kedua-dua pintu penumpang belakang terkunci dari dalam. Tingkap pulak dark-tinted! Memang bahaya tahap gaban...*

Abang driver tu bawak jalan jaaaaaaaauhhhh masuk jalan kampung yang aku tak familiar. Aku tau la jalan camner. Aku biasa naik Vespa dengan Latiff kat Medan. Segala shortcut, longcut semua aku dah tau. Tapi jalan yang diamik dgn Abang driver tu serius jalan yg tak pernah aku lalui.

Aku dah cuak. Aku kol Jijie. Mintak dia borak dengan aku sepanjang perjalanan. Mengarutla apa pun, yg penting Jijie akan teman aku. Aku tak dapat kol Latiff sebab dia busy. Dia penat jugak sebab seharian lebih tak tido. Lagipun Latiff dah berada kat Malaysia. Kalau nak hold phone selama lebih setengah jam tu, tak dapat laa... kang time emergency kang, aku takde kredit lak nak tepon sape2.

Tetiba, abang driver tu berenti tepi jalan. Aku tanya kenapa, dia kata nak beli rokok. Tapi bila dia masuk semula ke dalam kereta, dia bukak pek bateri baru. Haih, mana rokoknya??? Perghhh... menggigil kaki bagai nak gila. Aku sorang je. Cash aku banyak. Segala dokumen penting seperti passport, IC, kad ATM, laptop, dan lain-lain ada dengan aku.

Abang tu siap mintak no telefon! Dia bagi nombor telefon dia. Aku amik. Tapi haramla aku nak bagi no aku plak. Aku jaga jarak perbualan. Dia tanya, aku jawab soalan yg tak direct. Ada gak yg aku tipu.

Sampai je rumah aku tarik nafas lega. Dia mintak duit lebih, aku bagi tanpa banyak soal. Mata dia meliar macam ntah apa2 ntah ke dalam rumah. Tengok itu ini. Aku tak tengok dia blah. AKu cepat2 masuk ke dalam. TAKUT.

Eyyy... dugaan. Aku teringat aku ada membantah Latiff semalam sebab aku tak suka kena escort ke mana saja aku nak pegi. Latiff risaukan aku. Tapi aku kata, aku pandai jaga diri. Aku pandai. Aku tak kisah berjalan sorang-sorang sejak dulu.

Hari ni bila semua member dah balik Malaysia, aku tertinggal flight. Aku berdepan plak dengan abg taxi menakutkan tu, barulah aku rasa macam aku takkan lawan lagi cakap Latiff. Huhu.

Keesokkan paginya aku berjaya amik flight jam 9am ke Malaysia. Lega!!~ Aku naik flight sama2 Sawi, Atira, dan Syu babe! heheh.



p/s: Everything happens for a reason.

Friday, December 19, 2008

Bila aku sudah tiada....

Adib, Aliaa, Aja, dan sape-sape lagi yg tak balik malaysia.... jgn rindu aku bila aku sudah tiada yaa.. heheheh.

Untuk member-member yg ada kat Malaysia, Sila contact2 aku kat nombor 012-8334496.

Harus ingat! Kalau korang rasa korang baru first time antar msg/call aku atau korang rasa-rasa aku sure tak kenal korang nyer nombor, sila jgn lupa bagitau nama korang dalam msg k.

Kalau tak, mmg sumpah aku tak layan ar. Huahua~ *selalu dapat SMS gedik dari mamat ntah pape kata nak berkenalan. Tapi pengecut macam nak mampus tak berani gitau nama sebenar*

Sooooo....aku saje je nak promote diri nih. Malam ni, aku akan terbang ke KL dgn Air Asia jam 8.50pm (WIB). Lepak sana sampai 24hb, petangnya aku terbang lagi ntuk pulang ke Sabah, tanah tumpah darahku!~

Yeayyy... Kat KL tu ekceli aku nak tengok adik aku berkawad Pass out Parade kat RMC. Sambil-sambil tu, klu sempat, ingat nak gi Kedutaan Besar Indonesia untuk prosedure convert SIM (Sijil Izin Mengemudi) a.ka driving lisence Indonesia ke Malaysia nyer..

Huuu.. happy! tak sabar!

ok, aku belum pack barang. Byeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~





Ini cerita lari topik:

Semalam... aku dinner. Aku happy. Tapi terputus/patah/stop kejap ke-happy-an aku bila nampak muka dia masuk kedai yg sgt irritating. Dia di antara mereka. Dia, yg masuk kedai duluan di antara mereka. Dia dan dia.

Ada la beberapa di antara mereka yg teramat la suka menjaga tepi kain orang. Yang satu kelas dgn aku tu, aku dah bley terima dah sket2 walaupun ni dah ntah kali ke berapa dah dok buat benda sama menyakitkan hati.

Moral of the story: Jangan gedik sangat. Jangan nampak sangat sikap desperate being single sampai timbul perangai2 dengki kat orang lain. Jangan bajet bagus. Jangan rasa hebat sangat cuz you look so downgraded to... (whatever u wanna say, say it!)

Tak sangka perangai ko macam ni. Aku rasa dulu aku anggap ko baik. Sebab kau baik depan aku. Tapi belakang aku.... belakang 'bakal family' aku... macam kimak ko ek...

Friday, December 12, 2008

Peminat senjata tradisional

Howkayy... seriously aku EXCITED giler baca berita hari ni.

Bermula pada 16 Disember hingga 20 April, Muzium Negara akan buat pameran Senjata Tradisional, Misteri dan Kesaktian.

Owhh...aku cukup minat dengan benda-benda ni. Sangat minat! Aku tak sure lak if latiff tau tak yg aku minat dgn benda2 camnih. Aku baru tengok dalam berita tadi, ada keris panjang lebih kurang 2m. Pergh... sangatlah menarik! Aku dah terbayang if 'pemain' dulu-dulu menghunus keris tu ke perut lawan... libas, dan libas. WOW. Mantap tuu... ala-ala pedang sebab panjang sangat. Kewl..!

Apa-apa pun, bila aku berada kat kl antara 20hb hingga 24hb nanti, aku akan pastikan lawatan ke Muzium Negara termasuk (wajib!) dalam senarai me-round KL.

Ni sure Arni dan Faiz Zuwairi jeles kalau aku pegi tengok nanti. Hehehehe... Tak sure lak member-member silat yg lain tertarik ke tak.




p/s: Pernah 'bermain' peringkat negeri dalam acara tempur keris dan keris solo.

Sunday, December 7, 2008

Dearest tiffanique...



Jika ku tak bangun esok pagi,
sayangku kau jagalah diri,
sentiasa ingatkan hati,
dirimu amat ku cintai.

Andainya dihimpit kesusahan,
sujud dan mohon pada tuhan,
agar diberikan bimbingan,
meniti hidup bersendirian.

(chorus)
Bila terasa sejuk,
pejamkan mata,
bayangkan dalam dakapanku,
bila terasa rindu,
pejamkan mata,
kita bersua dalam lena.
kalau ada yang sudi mengganti,
sayang lepaskanlah ku pergi,
kerana insan yang seistimewamu,
berhak untuk dicinta dalam hidup.

sayang tiada apa yang kekal di dalam dunia ini,
namun yang pasti,
walaupun ku tiada nanti,
cintaku akan kekal abadi.
ku berharap kau tak akan lupa,
mengirimkan bekalan doa,
kita jumpa lagi di sana nanti,
jika ku tak bangun esok pagi


.....................................................................................................



Lagu ni berjaya membuatkan aku merasa terharu. Sweet, touching, and all. Owwhhh~~

Untuk makluman para bloggers/pengunjung yang datang ke blog aku ni. Ketahuilah satu fakta tentang diriku ini bahawasanyaa... aku dulu-dulu adalah seorang kipas-susah-mati KRU. Hoho.

Masa kecik-kecik dulu, aku paling suka KRU dan Celine Dion. Aku membesar dengan lagu-lagu diorang. So, kiranya...dulu masa kecik-kecik aku boleh tiru rapping KRU dan nyanyi high note macam Celine. Cewahh..!

Lagu lama KRU memang best. Seperti yang dari album Awas, KRUmaniac, TYCO dan...apa ek album yg paling lama, kaler putih tu ek? yg ada lagu Apa Saja? Lagu-lagu dari album lama macam tu la yg best bagi aku. Hurmmm... abis ilang dah semua kaset2 aku. Album Tyco tu je aku beli sampai 2 kali sebab ada minah/mamat yg suka pinjam kaset2 aku tak reti pulangkan balik di zaman aku bersekolah asrama penuh.

Lagu-lagu yang sampai sekarang aku suka dengar ialah lagu Freaky G, I'll Be Waiting You, Apa Saja, Cherrina, Untukmu (sorry, aku tak minat versi Feminin), SEMUA lagu dalam album Tyco, Mengerti, dan banyaaaaaaak lagi yang aku sendiri pun tak ingat dah apa tajuk. Tapi kalau aku dengar, surely aku boleh ikut nyanyi sebab dah hafal sejak kecik. Sama gak ar macam lagu Celine.

Tapi, kebanyakan lagu-lagu terbaru diorang..selepas album Tyco, aku dah terasa macam... kurang menarik dah. Aku dah stop beli album KRU. Dah stop carik kat internet info pasal KRU. Dah tak beli lagi dah SEBARANG majalah yang ada letak gambar KRU/Norman/Edry/Yusri kat celah-celah majalah tu...Pendek kata, dah lupa lah. *Cicakman pun aku rasa dah mengarut. Tak minat.*

Sampai hari ni... tetiba ada member lama ingatkan aku pasal lagu Saatku Pejamkan Mata (album Tyco), aku jadik teringat balik kenangan-kenangan manis antara aku dan KRU (walaupun setakat hanya angan-angan). Mula la aku search tentang lagu ni dalam internet (Ye, dulu aku ada banyak mp3 KRU dalam laptop, tapi semua dah delete. Save dalam CD mana, aku pun tak ingat dah).

Cari punya cari kat Google, aku terjumpa lagu Jikaku Tak Bangun Esok Pagi.

Lagu baru kot. Aku baru tau. Tapi, boleh layan gak la..

Korang suka KRU? Tak suka? Kalau tak suka, takyah komen pape. Duk diam-diam. Haha.

Saturday, December 6, 2008

Aku suka lab IMT dah abis!

Akhirnya siap gak kerja kat lab IMT. Hari ni semua kerja kena submit yg mana termasukla:
  • Study model
  • Work model attached to ocludator
  • 6 ketul gigi diukir dari wax (lilin)
  • 2 ketul gigi dari bahan acrylic.
  • Buku jurnal (paling mahal dan berhaga!)
Aku tak pernah sangka yang one day aku akan belajar mengukir. Ternyata, aku ni ada gak bakat ek.

Abis je lab ni, salah satu kesan yang aku dapat ialah jari-jari aku habis jadik keras dan kering tahap gaban sebab handling Plaster of Paris tu sangatlah kering hokeyy. Cuba korang bayangkan kapur papan hitam yg cikgu salu guna time skolah rendah dulu pada zaman 90-an, ditonyoh2 kat tangan dan kuku...masa kapur tu basah, kering dan lembab, korang main ar dengan tangan.

Rasanya, perghhh... kering nak mampos!


1. Sepatutnya ada 8 gigi termasuk yg acrylic. Kat hujung belah kanan adalah gigi ke-8 yg belum siap lagi. Molar lak tuh.


2. Sebahagian peralatan yang digunakan. Melampau tak? Siap ada tukul, pengikir, kertas pasir, paku, skru, nat, bla bla bla...


3. Gigi-gigi yang ditapau dari Malaysia. Terima kasih banyak ke Mak Lang aku.

4. Penemuan ajaib! Aku baru sedar, salah satu Le Cron Mass aku ada sifat magnetik!
Aku berterima kasih giler sebab dapat Drg Sumadhi sebagai lecturer pembimbing. Hasil aku bolehla dikatakan cantik (ukiran) sebab doc ni teramatlah detail dan teliti dan cerewet. Aku puas hati yer.. Tambah-tambah lagi, kalau ikutkan, sebenarnya gigi aku tak lengkap yang terakhir. Tak sempat siapkan. Tapi, Drg Sumadhi bagi peluang pada last minute untuk lengkapkan semua. Dia bagi gigi, tanpa perlu melalui semua prosedur sambil dipantau oleh lecturer pembimbing, dia suruh ukir je sampai siap sebelum submit. Uhu... i love u la, doc!

Senang hati bila lab IMT (or Ilmu Material dan Teknologi, a.k.a Dental Material) ni dah selesai. Kalau tak, serabut gak fikir... Mana yg nak terkejar-kejar disiapkan ikut tempoh yang diberikan.
Memang mem-pressure-kan buat permulaan.

Sekarang aku dah mampu relax-relax untuk fokus lebih pada exam final. Agak serabut jugak ni. Risau dengan jadual exam yang agak padat. Lagi-lagi, paper Ortho dan Prostho berlangsung dalam hari yg sama.




p/s: makin dekat exam ni, makin kerap ber-sms dengan ayah. Kacau ayah time pagi-pagi buta jam 2-3am ketika otak tepu itu adalah perkara biasa dan dah jadik amalan sejak matriks (sebab kat matriks baru ayah bagi pakai handset).

Tuesday, December 2, 2008

Take note! Latiff, Jijie, Adie, Mya, and Ubai.

Illi tagged me. Well, well..

  • RULE #1 - People who have been tagged must write their answers on their blogs and replace any 1 questions that they dislike with a new question formulated by themselves.....
  • RULE #2 - Tag 5 people to do this quiz and those who are tagged cannot refuse. These people must state who they were tagged by and cannot tag the person whom they were tagged by and continue this game by sending it to other people.
1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?
Leave him and find another happiness and NEVER return. Just like Illi, i believe in Karma as well.

2. Do you like tags?
No feeling. This is my first time being tagged.

3. If you can have a dream to come true, what would it be?
I want to forget all the sadness and nightmares i had from the past, start again with what i have today, and live happily with my beloved people!

4. Whose butt would you like to kick?
Ermm.... RRRokiah. Kick her butt til she got buasir, yeah!

5. What would you do with a billion dollars?
Make me and my beloved people happy by spending it! Pastu sedekah kat orang-orang miskin...(lame answer)

6. Will you fall in love with your bestfriend?
Lucky Im in love with my bestfriend. Latiff was my bestfriend.

7. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
Loving someone. I feel blessed and happy knowing that i still know how to love someone so deeply. Being loved, i feel appreciated.

8. Are you gorgeous?
I know I am gorgeous when he said so. And he did say that!

9. If the person you secretly like is already attached, what would you do?
Before i move on, I'll compare myself to the girl he chose and find out what kind of girl he likes ekceli. Ngahah.

10. What do you pray each day for your loved one?
His safety. His safety. His safety. His academic execellence and his health.

11. What takes you down the fastest?
of course sadness.

12. How would you see yourself in ten years time?
a 31 yrs old gorgeous lady who had a career as a dentist and beautiful kids with her loving husband.

13. Why do you think you are so tensed up..no matter at the office..or at home or in your toilet??
tensed up? Why shud i??

14. What kind of person do you think the person who tagged you is?
Illi... Illi.... Illiiiiiiii.... apa polah kitak cya??? hahaha. I havent met her for 6 years. Back then, i knew she was a cute, petite girl. Funny and loving. Last time i remember she was a talkative person. Dunno la how is she now.

15. Would you rather be single and rich or married but poor?
I'd rather be married and rich.

16. Who would you like to see the moment you wake up?
Flyer, my Lionhead Goldfish. His BIG BOWL is placed nicely next to my bed. So every morning the moment i open my eyes, i'll check up to see if he's still alive!

17. What’s the character must have in your partner?
Patient and loving. Well, he got more than that!

18. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?
The better person who has better personality and can love me better than the other one. Pokoknya, harus sayang aku laa... Jangan kasar-kasar.

19. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing the someone has done?
Can forgive, never forget.


20. Do you prefer being single or having a relationship?
Single is better than having a relationship with someone u dont love.

21. Would you leave your family behind just to chase your dreams?
NNNNNNNNNEVER. They are my backbone!

Tagged :
  1. Latiff
  2. Mya
  3. Jijie
  4. Adie
  5. Abu Ubaidah

Monday, December 1, 2008

Kaki Bangku

Phew.. selamat gak aku menjalani exam lab Patologi Anatomi tadi pagi walaupun perut + pinggang + kaki sakit sebab tengah senggugut. Senggugut aku memang teruk kalau period every month. Seksanya hanya mama aje kot yang faham. Uhuu.. rindu sangat kat mama yang rajin tolong urut betis dan tapak kaki aku time period. Mama jugak yang akan bagi ubat herba cina everytime period (kata mama untuk lancarkan darah dan buang angin).

Semalam study punyalah susahnyer...balik-balik tido sebab tak tahan senggugut. Asal datang je rasa sakit tak terperi aku terus tido untuk 'membius' rasa sakit buat sementara waktu. Ada gak member yang suh makan panadol. Uuu... tak berani sehh. Long term effect, mama kata tak elok. Nanti tersumbat la, apa la. Ntah la, yang penting mama tak suka aku makan panadol sebagai pain-kiler time sakit.

Owh, semalam ada cerita seronok yang aku nak share dengan korang. Pagi Ahad semalam aku dan member-member sempat ikut match futsal kat Serdang, Medan. Ini pengalaman pertama aku bertanding futsal tau! Aku tak sangka plak perasaan kejar dan sepak bola tu seronok.

Kenali aku, aku tak berapa minat sangat game berkumpulan. Aku lebih suka perform individual atau berpartner. Kena la jugak dengan sikap pendiam/tegas/sedikit individual aku. Mungkin sebab aku dah terbiasa bersukan dalam silat kot.. hampir 8 tahun aku bersilat. Tapi itu dulu... sekarang dah tak lagi dah. Aku sendirik rasa segan kalau masih ada orang yang acknowledge aku sebagai pembantu jurulatih silat atau senior dalam sebuah persatuan silat, lagi-lagi jika ada yang masih ingat atau kenal level bengkung (belt) atau sandang kebesaran aku. Takdelah tinggi mana pun, tapi cukup untuk menggambarkan betapa dalamnya sayang pada silat suatu masa dulu dan betapa komitednya aku. Serious aku dah sepatutnya melupakan dah semua ni... Kerana ini semua hanyalah obsesi aku pada masa dahulu.


Dan semua tu hanya indah untuk dijadikan kenangan paling manis dalam hidup. (^^)


Dah, dah, tutup cerita silat tu. Kalau ikut perangai aku dulu-dulu, aku boleh cakap berjam-jam hanya pasal topik itu. Sekarang takleh daaah. Aku dah pencen. HEHEH.


Berbalik pada topik futsal tu, kitorang juara ooo semalam!! Hahaha. Gembiranya aku. Walaupun permainan kitorang semalam sangatlah sempoi sebab kitorang lawan IAIAN (Institut Agama Islam A. N) Sorry, aku tak tau 'IAIAN' stands for what. Tolong betulkan aku k. Permainan kitorang pun takde rules kecuali takleh kena tangan dan apa ntah aku tak ingat dah. Memang tercengang mula-mula masa referree terangkan pada kitorang. Rasa lawak ada. Rasa blur ada. Rasa macam kurang thrill pun ada gak. Tapi, kitorang tak kisah pun.. sebabnya otak nakal kitorang ni memang dah set 'kitorang pasti menang' sebelum bertanding lagi. Hahaha. mengong. Yelah... rasanya muslimah dari IAIAN memang tak sekerap girls USU main lawan futsal kot. Kot.

Ada kejadian yang agak lucu la jugak masa pertandingan tu. Ada sorang member kitorang terpaksa ditukar pemain kerana beliau tidak memakai jilbab, sedangkan peraturan permainan WAJIB menutup aurat. HAHAHAHAHAHAHAHAHA. Paling lawak, kitorang bagi alasan kat akak urusetia bahawasannya member kitorang yang tak berjilbab itu adalah IBAN dari Sarawak (oppss.. no offence to my sarawakian friends yeah! Kmkorg masa ya nang dah sik tauk agik nak madah apa cuz akak ya sikmok kmkorg tukar pemain. Terpaksa membulak tek. Last2 baruk nya mok). Part ni memang aku gelak abis la. Hunny...Hunny... nasib ko la terpaksa mengaku Iban jap. And thanx to Aliaa sebab sudi bermain ngan kitorang! Love u Aliaa! *keen nak dengar Aliaa cakap, 'I love u too, keen'! Tak pedulik, nak gak! HAHAHAHA*

Korang belum tengok lagi macam mana muka budak2 laki USU yang dah prepare nak main guna short sexy diorang. Diorang mana reti main pakai long pants beb. Takde dalam kamus diorang tuuu. Mula la tiap-tiap sorang dah kalut konon nak cari suar panjang. Giler aku geli hati siot tengok Din berjalan sambil pegang seluar panjang yang dia dapat jumpa menuju ke changing room. Saiz pinggang suar XL. Din punya pinggang saiz M je kot. Bapak!! ahahahahahha!


Last2, dak laki bantai aje pakai shorts. Diorang berpegang pada falsafah, 'kalau diorang kena disqualified sebab tak tutup aurat, diorang nak tunjuk team KonJen (konsulat Jenderal) yang SEMUANYA pakai shorts sexy.' Muahahaha!

Kesimpulannya, walaupun semalam hujan lebat giler babi, walaupun esoknya aku ada exam lab pato anatomi jam 8am, walaupun permainan tak thrill mana, tapi aku suka. Aku enjoy. Dan aku happy tengok team 'Kaki Bangku' seronok meng-skor dengan mudah. Hahahaha.

Good thing from this event, aku rasa seronok tengok akak-akak IAIAN yang peramah. Asal berselisih mesti senyum kat aku. Teringat aku kat sekolah menengah dulu. Akak-akak surau memang semuanya peramah. Oya, ada satu scene masa futsal ni yang buat aku sampai hari ni dok teringat scene tu sebab rasa kagum..


Masa tu team girls IAIAN lawan satu team lain. Obviously korang boleh nampak satu team, semuanya bertudung labuh. Satu lagi, sempoi je tudung (macam kitorang ler...Ngihih). So, tengah kitorang tengok game diorang, tetiba salah seorang member dari team IAIAN tu terjatuh tergolek time kejar bola. Tudungnya terbukak dari belakang ke depan. Nasib baik pakai scarf penuh wehhhh... Aku pun dah rasa cuak aje tengok tudung dia terbukak depan public. Terkial-kial dia betulkan dalam kelam-kabut. Dengan tetiba aje, aku nampak SEMUA team dia yang bertudung labuh datang dari segenap penjuru untuk cover dia. Try tutup dia dari pandangan awam. Tolong betulkan tudung dia dan bangunkan dia sebelum sambung main. Pergh.. sememangnya aku kagum. Aku happy tengok semangat diorang... AKU SUKA!!!


Di bawah ini gambar 3 ahli team Kaki Bangku yang cuba menghilangkan kebosanan dalam hujan lebat sambil menunggu berjam-jam sebelum giliran mereka lak main.

From left: The gedix goalkeeper. The try-to-be-gedix-too Defence. The dunno-how-to-be-gedix Striker.

My sporting dearest one! Aku mintak dia posing hidung kembang, gigi buat2 jongang dan mata stim sangap. Tapi, inilah pulak hasilnya..

Sports couple. Konon-konon ah..
hehehe.

Ouh damn... i really must get back to my Ortho books and notes! Esok ada exam Ortho plak. Mati aku. Macam ni la perangai aku. Esok exam, hari ni masih lagi relax....


Yeah, cool girl in action!




Uuuuu... kin study siott!!


Related Posts with Thumbnails