Monday, September 29, 2008

RAYA di MEDAN

Gitulah...sepertia tajuk yang tertera, AKU TAK BALIK MALAYSIA BERAYA.

Aku terbelah bahagi masa nak wat decision ari tu. Sama ada nak balik ke tak, balik ke tak, nak BALIK...atau TAK..

Pada saat aku taip blog ni, kitorang ada 9 hari lagi nak exam mid.

Wawawawa... subjek2 killer macam Prosthodonty, Orthodonty, Oral Biology, Pathology Clinic, Pathology Anatomy, Pharmacology, Dental Material, Parasithology, Dental Public Health, dan Dental Radiology kena abiskan study dalam 10 hari. 10 HARI AJE!! Mampos aku...

While everyone is enjoying their Raya celebration, im here in Medan with some of my friends who left to stay, are struggling (konon-kononnya) for mid-sem exams.

Nope, there'e no regret. We have planned how we are going to celebrate raya in Medan..and preparing for exams together!

Malam raya nanti, kitorang akan berbaque! Owner kos kitorang ni bermurah hati nak belanja semua barbque. Siap dah ada seekor kambing comel kaler putih dok mengembek kat halaman rumah sejak 2 hari yang lalu. Kelakar siot. Pagi-pagi Dyana bukannya dibangunkan oleh ayam berkokok. Tapi kambing meng'emblekkk'! hahaha.

Then, raya pertama nak serang Konsulat Jenderal Malaysia for ketupat and lemang and rendang, and all. Kat situ mmg akan terdapat makanan melayu dan suasana beraya di Malaysia. Seronok! Then, lepas dah beraya kat sana, nanti akan serbu ramai-ramai pulak ke rumah Pak Reza, agent yang banyak membantu kitorang selama ada kat Medan ni. Kat sini plak, kitorang akan merasa beraya ala orang Indonesia la pulak.

Terus terang, aku belum ada member kamceng dari Medan, maksud aku orang Indonesia. Jadi, hingga tahun ni aku belum pernah beraya kat rumah member indon. hmmm..

Raya kedua, santai-santai + belajar..

Raya ketiga, JIJIE NAK BUAT OPEN HOUSE!! yeahhh.. aku pun nak join. Aku nak masak laksa yang ibu aku ajar aku! heheheheee...teringin jugak nak buat spagetti. Perghh.. semangat tahik2 ayamnyer aku nih! hik hik hik.

oklah, setakat ni, itu saja yang terlintas dalam paler aku tentang apa nak buat time raya nanti. Nak plan enjoy lebih2 pun takut jugak... Takut terabai study. Giler ah!

Kuucapkan Selamat Hari Raya pada semua yang mengenali aku. Maaf zahir dan batin.

Selamat hari raya AYAH! Selamat hari raya IBU, MAMA, IJA kat sabah, ATISS, SALMA, BELL dan JAZZA yang ada kat m'sia, GENG-GENG BAYAU...kuarga kat KEDAH dan SABAH. Selamat hari raya pada member-member yang tak balik m'sia raya ni; DYANA, SHADY, JIJIE, ADIB, AMAR, HAFIDZ TAHA, NATE, SYU DAN HAJAR, JULU, dan sape2 lagi la. Aku tau banyak ni je yg tak balik. hehe. Selamat Hari Raya....

Selamat hari raya jugak pada Mohd Latiff Iqramie yang tersayang... Nak kopok lekor! hehe

p/s: Tak nak beraya dengan orang yang kuat dengki dan SUKA MENYIBUK hal orang lain. Nanti hilang mood nak beraya!

Thursday, September 25, 2008

Bad day..

Sorry guys.. i guess it was a bad day yesterday. I show off a stern face. Not smiling. Not talking properly with you guys..

Jazza, kin tak be nice when talking about your balok, Sorry...

Dyana, aku cuba untuk gembirakan hati aku bila kau dah berusaha masak nasi goreng 'khas untuk orang tak reti makan pedas' time berbuka puasa tadi..

huwaaaa...taktau nape mood ni mcm setan aje kemarin! Yelah, fikir2 balik... pasal SPP yang tak setel, KRS yang belum pernah boleh buat sebab SPP tak setel lagi. Kena ulang-alik ke rektor untuk ambik surat. Berurusan pulak dengan JPAN (Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri) di Sabah sebagai sponsor biasiswa.

Aku GERAM sebab BIASISWA aku 'KIV'kan aku sebab ada member aku (klasmet) yg terima biasiswa yg sama, tapi telah quit dari USU. So, pihak JPAN takut if aku pun buat perangai yg sama. Habis urusan aku tak di-proceed. Haihhh.... klu dah tau taknak sambung study USU, buat apa nak mohon biasiswa lagi???? sengal betul lah!! Pastu, aku GERAM lagi sebab bahagian REKTOR kata dah antar surat invois, tapi bahagian JPAN pulak kata tak terima lagi. So, bahagian kewangan takleh proceed jugak. Bila JPAN call USU untuk minta dihantar lagi. ERRMMM... aku rasa, mana-mana budak malaysia study kat USU ni faham2 la kan apa cara layanan dan reaksi mereka? Semuanya malas buat kerja dan lepas tangan. Dalam telefon mereka mengatakan yg mereka tak faham apa-apa! shitted betul la...

Aku yg cuak sebab tak lama lagi nak mid sem nyer exam. Takut takleh masuk je! uhh...sabar-sabar.... nasib baik tadi aku bergegas ke admin fakulti aku untuk bincang hal ni dan tanya if aku ada sebarang kesulitan duduk exam nanti. Alhamdulillah, katanya TIADA. hehe. Sesia jugakla aku nervous dan cuak

Tapi, bila balik bilik....mak aih! Berterabur balok-balok dan gigi dari wax yang belum siap diukir atas work table. Wawawaaaa...esok kena hantar nih. Ditambah lagi dengan adanya QUIZ esok dalam Lab Parasitology. Mantap! kerna aku belum ada masa nak tengok2 pasal cacing-cacing yang pelbagai rupa dan sifat tu.

Then, fikirkan esok kena bayar sewa+utility+internet nyer bil sebanyak 600K... Pasal duit tu takde masalah cuma aku takde duit byk camtu untuk bayar on the spot sebab ayah aku outstation 3 hari (aku pun satu, mintak duit pada hari sebelum due. Segan dow bab-bab mintak usin nih!). Not a big deal to wait actually. Cuma, i just feel bad dan tak seronok kalau tak bayar on time dengan owner. Tak pernah lagi aku lewat membayar. Reputasi beb! Aku taknak la tunjuk kat owner Indon ni yang aku, orang Malaysia, suka tangguh-tangguh/hutang bab bayar2 nih.

Lagi satu problem, aku ingatkan laptop aku rosak motherboard nya, sebab kebetulan masa kejadian petir PALING hebat pernah berlaku dlm sem ni, aku tinggalkan laptop dalam bilik dengan chargernya disambungkan ke soket letrik. Huh, cuak giler kalau-kalau laptop punah. Tapi, tengok2... laptop aku nyer program je yg dah outdated..kena format balik la jawabnyer.

Huihhh...laptop tu bf kedua! Aku yg kaki online ni, takleh hidop tanpa laptop+internet. So, plan esok nak gi antar laptop ke member untuk format. Kaaaaaaalaulah motherboard nyer rosak, lonely la aku takde laptop selama seminggu lebih sebab nak antar ke malaysia plak untuk dibaiki.

Nasib takde pape.. *phew~*

owh, berbalik pada topik mood swing aku yg bongok tu, aku berjaya dengan tanpa sengajanya memecahkan pintu tandas. hoho. Tak sedar dow! Bajet nak lepas penumbuk ke dinding je bila pressure tadi. Tapi, tangan penuh luka la plak sebab buat kerja-kerja balok tadi. Makaaaanya, pintu ditendang...hasilnya, pintu tandas dah robek, dengan kaki aku sekali robek.

Padan muka, jalan pun dah tak betul sangat dah.

Memang aku tensen... tapi.... tapi.... TAPI... malam tu, dek kerana ketensenan aku dah diketahui oleh Si Dia, langsung aku dibawa keluar jalan-jalan makan angin, redah hujan, makan kat luar dan lepak-lepak kejap. Phew, REDAAAAAA.....

Terus TURUN tekanan darah. hua hua. Thanx syg...

Kesimpulannya....

1) Kin mmg tak reti handle BANYAK tekanan dalam satu-satu masa. Senang meledak instead of being calm and taking it easy. *sighh*..

2) kin kalau tengah bengang + mengamuk + pressure, baik korang jangan terasa hati sangat dengan ke-moody-annnya. Aku moody pon, once in a bluemoon jeeww.. hehe

3) Cepat cool ekceli. Asalkan dah terlepas stress yang dipendam. Yelaaaaa...dulu, tiap petang aku turun training. Paling sikit pon, tiap minggu aku training. Aktiviti camtu yg 'menyihatkan' mood aku, by kicking and punching and running and jogging and golek2 atas rumput... and.. whatever.

5) Buat bodo dan BERANI je bila berdepan dengan kin yg tengah moody. Serius! Kalau buat takut-takut....aku LAGI RIMAS! Yelaaaa...aku marah ngan benda lain...jangan la plak ada org yg TAU BUKAN SALAH DIA, tetiba dok kalut ingat aku marah kerana dia. hahaha. Part ni agak lawak jugak bila dikenang time dah cool down.

6) Cepat menyesal kalau ada kawan-kawan tersinggung dengan kekasaran wajah dan kata-kata. Minta maaf yek..

itu saja dari saya hari ini.

Sekian.

p/s: "Bikin emosi ya...? Jangan dipancing emosiku." kata Dr R. hahaha.

Saturday, September 20, 2008

Buka puasa bareng

Bareng means 'sama-sama'.

Seronoknya rasa hati bila dapat berbuka puasa beramai-ramai semalam di Emerald Garden Hotel! Buka puasa ramai-ramai ni bukannya anjuran siapa-siapa pun, cuma atas inisiatif sendiri untuk kontek kawan-kawan seramai mungkin untuk join buka puasa ni. Ini pun sebenarnya perancangan last minute. Dah lagi beberapa jam nak buka puasa baru kalut nak tambah orang itu, orang ini sebab keputusan nak buka puasa kat tempat tu baru dibuat keputusan pada 2 hari yang lepas.

Aku dan Latiff adalah orang terakhir yang sampai ke sana sebab kitorang mmg yang paling comel. Orang-orang comel kena datang lambat. haha. ngengada!

Bayar Rp 45 000 untuk makan buffet, kira okaylah kan :D Walaupun dalam hati terdetik pelayanan makanan ala buffet di hotel tu (untuk tempahan khas macam kitorang ni) SANGATLAH tidak memuaskan! Kenapa?? hahaa... hanya yang hadir saja yang tau kenapa. hoho

Kitorang yang pergi tu adalah dalam 40 lebih orang. Kebanyakkannya terdiri dari member-member dari ACMS, geng-geng TASBI, awek-awek cun dari Srikandi, ex-ex SMA, dan ntah ar kalau ada yang aku tak pasan. hehe.

Paling banyak aku bantai waktu bukak puasa tu: blueberry cheesecake! Entah kenapa, tapi SEDAP.

Selepas berbuka puasa sama-sama, aktiviti diteruskan dengan bersolat jemaah kat ruangan musollah kat surau hotel dan seterusnya sesi bergambar ramai-ramai sampai lebam! haha!

Masa nak balik dari Emerald Garden Hotel, nak dijadikan cerita laaaa.... aku dan latiff, SEKALI LAGI adalah orang yang terakhir pulang sebab paling lama nak kemas barang-barang kamera. Ingatkan semua orang masih menunggu sebab tak nampak pon diorang lalu depan kami. Tapi rupa-rupanya dari dalam parking area tu, ada jalan keluar yang lain menyebabkan kitorang tak pasan member semua dah blah awal.

Kami dengan ke-cuak-an yang melanda, memberanikan ajela diri ikut jalan yang ntah apa-apa. Yaaa... kitorang tak tau jalan! Tambah-tambah lagi waktu malam. Sedar-sedar, kitorang berdua dah SESAT!

Kol member2 yang lain, semuanya dah jauh. Nasib baik Faisal dan Atiss tak jauh lagi. Jadi diorang la yang bertindak sebagai penyelamat dan bawak kitorang ke jalan yang lebih familiar.

Haihhh.. sengal. Itu memang bagi pengalaman sesat dengan Latiff pertama kali. Seronok!! :D

Aku dan Latiff berposing sebelum sesat di jalanraya. hahaha

Wednesday, September 17, 2008

Practice makes perfect

Remember last time aku ada citer pasal kena kumpul gigi2 asli sebagai bahan dalam makmal nanti? Haaa... kali ni aku nak cerita pasal apa yang kami akan buat dan apa yang dah dibuat.

Aktiviti lab Dental Material kitorang terbahagi dua sesi. Satu membuat model rahang gigi dari cetakan (impression) yang telah diambil, satu lagi membuat model2 gigi dari cara mengukir (carving) bahan dari lilin.

Masa mula-mula attend lab ni, kitorang start by doing on dental impression and learn how to make work model dan study model. Work/study model ni...model gigi yg seakan-akan gigi palsu, tapi ia hanyalah model. Diperbuat daripada bahan Plaster of Paris atau Dental Stone atas tujuan tertentu.

Then, sebelum nak buat work model, kenala ada acuan gigi kan? Supaya dapat tiru bulat-bulat rupa rahang dan gigi patient..takdela nanti kena ukir semua untuk menghasilkan model yg persis!

Aku dulu, masa mula-mula belajar nak amik cetakan punyala lembab. Sikit-sikit tersalah. Tak cukup bahan la, tak kena tempat yg nak dicetak la, berlubang la, terkoyak la. Balik-balik kena reject oleh doctor yang menilai tau! Frust takyah cakap la...aku pernah sempat main baling-baling hasil kerja dan peralatan aku dalam lab sebab keciwa sangat. Bersyukur giler la masa tu dapat lab partner yang penyabar dan supportive. Thanx Jazza, u're the best lah!~

Tapi sekarang, berkat berkali-kali pernah kena reject, sekarang aku dah yakin untuk mengambil cetakan rahang dalam mulut pasien dengan hanya sekali percubaan je. Yeah!! It dah dikira sebagai suatu kejayaan tau! Skill, bebeyh! I got the skill now! hoho. Even dalam kelas kitorang tu, boleh kira la..berapa banyak je yg betul-betul boleh membuat cetakan dengan baik.

Haaa..gambar-gambar kat bawah ni semuanya adalah bentuk model rahang atas dan rahang bawah dari Jazzalina. Korang leh tengok macam mana susunan gigi dia, rupa rahang dia.. dah cukup semua gigi tumbuh ke belum..semuanya persis!

Himpunan model-model gigi yang dicetak 100% dari mulut Jazza.
Himpunan model-model gigi yang dicetak 100% dari mulut Jazza.
pandangan dari sisi. Ada yang dah ada basis, ada yang belum diletak atas basis.
Kiri: Rahang atas. Kanan: Rahang bawah.

Itulah dia hasil kerja aku. Menarik tak?? Sayangnya aku belum sempat trim model-model aku ni sebelum gambar diambil. Makanya, terserlah cacat sana-sini dan compang -camping yang wujud kat model tu. Tak kemas sungguh!!

Sekarang ni aktiviti di lab ialah mengukir gigi pulak.

Setakat ni aku baru sahaja berjaya mengukir satu incivus atas. Sekarang dalam usaha nak mengukir incisivus bawah. Bukan senang woooaaahh.. bunyi aje macam senang kan?? Tapi azabnye nak beratur dalam lab untuk dapat kelulusan, perghhhh... Tu belum lagi kalau dapat doctor2 yang tak sporting. Takut kena baling aje ukiran-ukiran yang dah dibuat sebab buruk sangat!

Seronok, memang seronok. Tapi bila terkenang deadline yang macam makin dekat untuk setelkan semua kerja, kecut jugak jadiknyer. Pressure pun ada jgak. Haha.

Tangan ni dah jadi kasar bermain dengan acuan-acuan besi, api, pisau. Luka-luka tu biasalah kalau masih tak reti lagi.

Apa-apa hal pun, aku harap aku dapat siapkan kerja-kerja lab Dental Material ni dengan relax-santai dan riang-ria dalam waktu yang telah ditetapkan. Bersyukur jugakla dapat Dr Sumadhi dan Dr Chadidjah sebagai pembimbing. Mereka sangat membantu walaupun ada yang kata Dr Sumadhi sangat cerewet dan teliti. But i loike! As long as he NEVER-EVER-EVER shouts in egoism like Dr L. Hehehehe. Sape under Dr. L tu...taula apa kisah-kisah tragis diorang. Hoho.

Go BALOK go!

Tuesday, September 16, 2008

Credits

Di sempena bulan puasa yang mulia ini.... aku tetiba rasa macam nak menyatakan beberapa penghargaan terima kasih kat beberapa orang yang aku anggap telah banyak menolong aku, bersama dengan aku susah dan senang... dan paling penting, tetap ada di sisi tiap masa agar aku tak terus leka dengan kebahagiaan yang ada, atau terus hanyut dengan kesusahan yang dialami...

Penghargaan ini dilakukan pada September 2008. Jadi, kepada orang-orang yang telah pernah hadir dalam hidup aku, korang pun tetap aku ingat. Tetap aku appreciate. Tapi, ini adalah untuk lingkungan aku buat masa ini. Di saat ini.

Antara orang-orang yang berada di lubuk hatiku...

  1. Mama, ayah dan ibu: Ini memang dah sah-sah selamanya menjadi the most honorable people in my life. Nombor satu, priority, dan segala-galanya adalah mereka. Untuk mereka, dan kerana mereka aku berusaha. Time kaceh ayah, ibu dan mama. Time kaseh sangat-sangat sebab tak penah putus berdoa untuk kina. Percaya kat kina. Perggghhh...kalau ditanya sedalam mana setia dan sayangnya aku pada mereka ni semua, jawab aku...infinity!!
  2. Aunty Natasha: well...u taught me of what being happy is. What life is all about. And the most important thing is...u taught me love, about being loved and loving others. You show us love when we needed it the most. Thanx aunty. You're the best. You're the most wonderful person in the world!!
  3. Nur Faezah bt Brahim: Kau....adalah sahabat dunia akhirat, ja. Paling aku sayang. Paling aku tak mau rasa kehilangan kau. Serius. Kau membesar sama-sama dengan aku. Dari zaman berhingus, nda pandai berlawa-lawaan, hingga hari ini...kita mencari hala tuju hidup masing-masing. Kau tak pernah gagal dalam membahagiakan aku sebagai seorang sahabat. Thanx ja... Kau sakit, aku sakit. Kau gembira...aku lebih bahagia. Jangan sesekali tunjuk sama aku yang kau tak bahagia k? hahahah.
  4. Dr. Siti Farah Dyana: Seorang member yang paling kuat menjaga kebajikan tentang kawan-kawan. Sanggup bersusah-payah dan menanggung beban payah asalkan member puas hati. Terima kasih beb. Ko mmg best. Terima kasih gak sebab selalu jadi 'doktor belum bertauliah' di kalangan kami. haha. Syg kau!
  5. Dr. Afzan Syahanim Balqiss: Atiss penyabar... dan selalu percaya dalam diri kin. Kin jahat ke, kin tgh berperangai setan ke, Atiss tetap percaya dalam diri kin dan support kin. Thanx Tiss...U were my beloved darling girlfriend until Peja-si-buncit mengambilmu dariku! hahaha. Love you, girl! Semoga berbahagia..
  6. Dr. Jazzalina Aiza: Tanpa Jazza, rasanya SEMUA minah-minah segeng ni akan terus blank dan blur (kecuali Dyana laa)... hahahaha! Jazza pun selalu lembut. Selalu sayang orang. Selalu mengalah. Selalu bagi can kat orang. Dan selalu mengingatkan orang tanpa jemu. Jazza jugak tak pernah marah-marah. Thanx Jazza... thanx sebab tak pernah rasa fed-up kat kitorang2 yang kadang2 ni sangatla slow dan lembab. Sayang kat Jazza tau!
  7. Dr. Nabilah: Bell, i kagum tengok usaha-usaha you untuk memantapkan diri menjadi seorang wanita yang teguh. Seriously, i memang sangat-sangat kagum tengok jiwa you yang tabah hadapi semua kepayahan yang you terpaksa lalui hari-hari. Tak pernah give up dan kadang-kala, dalam u tengah serabot nak mampos, sempat lagi u bagi semangat kat orang lain supaya terus bertahan dan maju. Go girl, belle! Thanx sebab selalu urut kepala i bila i tengah sakit kepala teruk sangat-sangat. You are loveable,dear!
  8. Dr. Salma: hehe...salma yang nampak aje ganas kat luar, tapi penyayang... dia sayang sangat-sangat kat binatang especially. Salma yang aku kenal, sangat-sangat-sangat-sangat PENYABAR. Ko tak sedar... sedikit sebanyak kau dah didik aku untuk jadik lebih penyabar. Thanx Salma. Thanx sebab selalu belikan aku karipap fevret tanpa komplen apa-apa. hehe. than sebab selalu bagi diet and health info pada kitorang.. Trust me, you look wonderful no matter what people say cuz u're already wonderful inside!!
  9. Classmate: Korang memang terbaik!! thanx...
  10. Encik Hidir Bean: Mentor aku yang paling banyak berjasa dalam mempersiapkan aku seorang mahasiswa pergigian. Nota-nota awak dah banyak membantu saya. Thanx ar.. Lenkali nak demand lagi lebih-lebih. Terima kasih sebab sanggup bawak buku dan nota yang berat jauh-jauh sampai ke tempat tinggal saya...dan tak kesah melayan permintaan mentee yang kadang-kadang manja sangat mintak itu-ini. Awak memang mentor terbaik! Respek!!
  11. Last but not least.... yang terakhir dalam list pendek aku. Dia yang paling istimewa dalam hidup aku. Sayang...that's you, Mohd Latiff Iqramie. Setinggi mana pun penghargaan yang me berikan pada u, takkan pernah dapat mengatasi segala kebaikan dan keistimewaan yang telah u berikan pada me, sayang. You are the best, dear! You....adalah seorang lelaki yang paling penyabar dan optimis pernah me jumpa. You paling banyak didik me untuk jadi seorang wanita yang berkarakter. You didik me dengan sabar, sayang... Paling mahal sekali, u percaya dalam diri me. You percaya dalam apa saja yang me lakukan dan fikirkan. You percaya pada diri me...itulah hadiah terbaik dari u untuk me, sayang. Thanx sayang...sebab telah datang dalam diri me untuk bagi kekuatan biarpun betapa ramai yang tak senang dengan kita. Sayang, as i said to you..to love and be loved by you are the most wonderful thing in my life syg. I appreciate perkara tu. Sangat-sangat. Thanx...for standing on every corner of me. You guard me well. You show me love as if i was the ONLY wanita yang bertuah dan paling disayangi di dunia ni. You protected me as if you tak nak kehilangan me biarpun sesaat. Sayang....kalau me nak nyatakan penghargaan me pada u...takkan pernah cukup ruang entry ni. Enuff by saying that...you are the most precious thing..of MINE. And i appreciate it so so much!!

Pergghhh...jiwang ayat aku dalam ni! hahahah. Well2.. inilah yang terlintas di fikiran aku setakat ni. Entry ini akan diupdate lagi selepas berbuka puasa. Sekian...

p/s: Sayang-sayang selalu. Siapa yang suka main 'tikam-belakang' tak kena sayang.

Related Posts with Thumbnails