Bukak sem baru ni nanti, kitorang kena kumpul gigi-gigi untuk assignment sem 3 nanti. Bukan assignment sangatla. Cuma bahan dalam makmal nanti. Benda ni..kalau tak silap aku-yang-selalu-tido-dalam-kelas-ni la, kitorang kena kumpul gigi-gigi Incisors (kacip), canines (taring), pre-molar (geraham kecik) dan molar (geraham besar).
Owh, dan SEMUANYA harus yang original dan tak buruk. huh, mana nak carik??
He~ He~ He~ Aku rasa aku takde masalah kot. Mak Lang dah kata akan poskan gigi-gigi yang dia dah tolong kumpulkan dari klinik. yeay!
Kalau Mak Lang aku kirim banyak lebih, aku fikir nanti aku nak jual kat member-member. Sebatang 2 ribu rupiah. Kalau gigi geraham besar, 5 ribu rupiah. Mahal sket sebab paling susah nak dapat. haha. Takpun, saper2 yang sudi berjanji untuk tolong aku ukir dalam lab nanti, aku bagi free! ahaksz! Amacam? Ada yang mau??
Bau gigi-gigi original ni... erm.. boleh tahan gakla bau nye. *EEEeeeuuuWwwww*
*off topic*
Ada berapa banyak deria rasa generally yg kita tau kat lidah? Masa aku skolah dulu, deria rasa ada 4 je, iaitu manis, masin, pahit dan masam. Masa belajar kat USU, dalam buku kata (so did the lecturers) ada 5!
Apa lagi satu? hahah. itulah deria rasa yang ke-5: Umami (klik utk info lebih)
