Friday, November 6, 2009

Merah seksi


Warning dulu.

Kalau nak baca entry ni, sila lupakan dulu bayangan motor berkuasa tinggi yang canggih-manggih atau Harley Davidson dan se-spesies dengannya! Kalau tak berminat, sila get out dengan awal dan jangan punahkan harapan aku yang sedang ingin berkongsi keseronokkan hendak berangan sebagai Vespa Lady. Nguahaha!

Well, well,
Penantian selama 6 bulan lebih akhirnya menghasilkan pulangan yang berbaloi!!

Inilah darling baby terbaru kami. TaaaDaaaAAAaaa!!


Feewwwiiitttt!! Sexy red HOT HOT!!! (kipas, kipas)

Mantap ahh. Merah menyala. Sana sini berkilat-kilat. Lagi-lagi setelah diubahsuai tambah chrome. Sape nak tengok vespa ni lama-lama kena pakai spek mata hitam dulu tau, takut nanti silau dan sakit mata. Hahahaha.

Ok, poyo. wek.

Sangat suka! Sangat cantik dan sedap naik! Sangat best ngebut! Sangat seronok menjadik tumpuan orang ramai bila naik vespa merah hot hot ni. Sangat... ahh... pendek kata, sangat puas hati lah!

Tapi jangan kauuu... Boifren aku sangat sayang kat bini 2nd dia ni. Okeh, camera SLR dia dah turun satu anak tangga. Hahahaha. Vespa menduduki tangga kedua sekarang! Abes tu, siapa pulak juara takhta, kalau vespa yang hot hot tu di nombor 2?? Haaaaa.... siapa lagi kalau bukan awek hot hot hot (3x ganda 'hot') yang sering bonceng blakang tu!
That is my seat yea, remember, my seat! Hahahaha (gelak setan)

Jangan berani mau sakiti vespa ini.

Ingat.

Jangan sesekali berani. Nanti Latep sedih. Nanti Sakinah marah.
Betuuuuuuuul... bila Vespa terguris badannya, Latep akan sedih. Bila Latep sedih, Sakinah akan marah. Can't you see how we all are connected? Isn't it beautiful?

Selama 6 bulan yang lalu, kami ke hulu ke hilir tunggang Si Biru. Kadang-kadang naik Si Karat.
Sampai semua orang sangkakan Si Biru tu sebenarnya milik Latiff. Tidak, tidak, tidaaakkk... ITU BUKAN KAMI PUNYA OI! Itu milik tokey bengkel tempat Latiff membina vespa hitam metalik jadik merah solid.


Si Biru yang baaaaaaaaaaaaaaaaanyak berjasa pada kami. Meredah hujan dan banjir dan terik mentari sama-sama. Dia ni jarang giler2 buat masalah. Setakat busi@spark plug kena ganti atau tali clutch putus, itu perkara biasa lah. But i tell u, dia nyer seat adalah seat yang paling comfortable dan mesra-ass yang pernah aku jumpa. Terbaik!!

Gerun tak tengok tengkorak kat belakang tu? Hehehe. Comel kan. Malam2, kalau pasang lampu, nanti keluarlah cahaya ikut mata and mulut tengkorak tu. Tengkorak beriman.

Okay, meh i cerita sikit-sikit pasal barang antik yang HOT tetiba nih sambil tengok2 gambar.

Awalnyer vespa ni vespa karat gak.. tapi takdelah karat sangat kot. Entahlah. Tak pernah tengok pun masa Latiff mula-mula dalam perancangan membeli tu. Dia tak bagi saya ke bengkel langsung. Pada waktu dia nak tukar cat dan tambah chrome ni lagi lah. Langsung saya tak dibenarkan melawat rumah owner bengkel sampai orang tua tu ingat saya tak suka datang ke rumah dia. Takut sangat kalau saya ternampak vespa dia yang sedang dibangunkan. Haha. Nak surprise lah konon? Hahahahaha. I really appreciate that, honey!

Apa yang saya tahu, ini Vespa model Excel tahun 1993, 150cc. Kira takdelah tua sangat kan? Sama umur dengan budak sekolah menengah form 3.

Asalnya kepala dan lampu adalah berbentuk petak. Tak cantik. Macam naik Power Rangers. Then, dia gi tukar kepala jadik bulat. Nampak antik sket. Side mirror dan hand grip pun ditukar. Tak lama lepas tu, box sebesar 33 inch pun ditambah. Untuk memudahkan gf tersayang duduk kat belakang tanpa sebarang gangguan pada kaki, suatu tempat pijak kaki khusus diorder lalu dipasang. Wuh, terharulah saya!~



Piston ditukar jadik Piston King. Target akan datang, tukar carburetor pulak. Tapi entahlah... saya sebenarnya tak menggalakkan sangat beliau menukar vespa beliau jadik sesuai untuk dibawak laju. Bukankah vespa itu sangat sesuai untuk bawak slow-slow amik angin petang? kan nampak romantik lagi??


Apesal gambar ni takde kepala??? Sumpah, saya tak crop!!

Tapiiii.... Kalau semua vespa dah gathering, aku rasa, aku pun nak gak vespa yang aku naik ni mampu menyaingi kelajuan yang lain-lain. Janganlah asyik tertinggal di belakang. Hehehehehe. Apa? Korang ingat vespa ni laju macam orang tua ke?? Huh, sungguh kurang ajar tanggapan kalian itu! Belum cuba, belum tau beb.

Owner (siap pakai baju vespa printed lagi)

Nah, ini lagi gambar-gambar Lady Qeen berangan bawak vespa. Padahal dah siap2 kena tongkat. Kalau tak, mampus lah... BERAT! Dulu saya dah bawak Si Biru tu jalan-jalan di sebatang jalan yang lurus sahaja. Gear satu saja. Kalau naik gear dua, terus gelabah dan bawak vespa panjat halaman jiran. Serik...




vroom vrroom bek bek bek vroomm vrooooommmm... bek bek bek bek
(Kenalilah bunyi vespa)



Sekiaaannnn... inilah gambar terakhir bergaya dengan orang ketiga dalam perhubungan kami.


Which one is my helmet? which one is his??



P/s: Silau tak?? kan dah cakap, kena pakai spek mata... Orang dah cakap tak nak dengar. Hohoho


Saturday, October 24, 2009

DI manakah ketenangan itu?

*the real entry has been removed. Not necessarily to post.

Briefly!

Hubungan aku dan Latiff sekali lagi dibadai ombak tsunami. Tapi kali ni aku lebih relax menghadapinya walaupun ribut katrina dah hebat menggegarkan hati, jantung dan limpa aku. euw, ayat apakah ini? okay, aku mmg tak pandai nak berkias or bermetafora. quit2.

Di saat yang agak genting macam ni, memang memerlukan kekuatan jiwa dan minda yang terhebat supaya tak mudah terpengaruh dengan apa yang didengar pada pertama kalinya.

First step! RELAX and CONTROL MACHO! Biar apa pun usaha orang untuk mengganggu hubungan, tetap harus santaaaiiii.... ingat! orang akan berpesta suka ria kalau yang dengki akan kebahagiaan kamu itu terlihat akan robohnya benteng percintaan kelieennnn

Second step! Soal-siasatlah dan tirulah gaya macam polis. hahahaha. Tapi cara ni sangat bakal meng-annoy-kan pasangan kita. SO, harus bijak komunikasi dan be dominant dalam perbincangan supaya emosi tidak menguasai, lalu menyebabkan perbincangan menjadik sia-sia...

Bila dah bincang... ya, terserah ama kamu deh. Mau langsung percaya lagi atau enggak. Tapi nasihat terbaik dari Lady Qeen, tetap tabah dan ikutlah instinct wanita kamu. JANGAN IKUT NASIHAT ORANG DENGAN MUDAH. That's the most dangerous and fucked up way. Harus buat ikut apa yg hati kamu paling selesa-bagai-dipeluk-peluk dan senang. Tuhan dah bagi akal dan fikiran. Think wise.

Aku tak pernah tahu kalau keputusan yang telah dibuat mungkin adalah salah. Tapi ia terang-terangan salah kalau aku menolak untuk menjadi bahagia. Aku bahagia dengan cara aku. Aku senang dengan apa yang telah dimiliki walaupun banyak dugaan harus ditempuhi. Naik turun dalam suatu perhubungan itu memang sentiasa ada. Tapi tahukah kamu, ujian yang ditempuhi dengan berjaya itu makin menguatkan rasa sayang dan menyebabkan kita lebih menghargai pasangan kita?

Tempoh setahun 6 bulan bersama tu bukannya sekejap. Dari pagi sampai malam asyik menghadap si dia. Apa yang ada di wallet, hp, kocek seluar, poket baju, dalam box vespa dia., dan lain-lain semua ahh.. semua aku tau. Sikap dan sifat dia, slowly dah berasimilasi dengan diri aku. Saling melengkapi sesama sendiri. Alhamdulillah, we are happy together.

Apa yang telah terjadi pada masa lalu, itu telah berlalu. Dah tak penting lagi diungkit untuk dijadikan bahan utama pada masa kini. Past is past. Aku terima dia seadanya sepertimana latiff telah menerima aku seadanya. Aku pun bukannya perfect. And Im not looking for a perfect guy. Siapa yang mampu membahagiakan aku, penuhi keinginan jiwa aku, jaga aku, bimbing aku, sayangi aku, SETIA PADA AKU, penuhi ciri2 lelaki idaman aku.... makanya, dialah yang dipilih untuk aku setia hingga akhir. Sanggup utamakan dia dalam apa jua situasi yang terjadi. Kalau dia buruk sekalipun, dia tetap akan aku jaga dan back up asalkan ciri2 yang telah disebut di atas masih berjalan (atau telah bergelar suami). Ini tidak harus dipertikaikan lagi. Okeh?

Ada persoalan?


p/s: ouh, i failed to write briefly. This is an essay sudah.

Thursday, October 8, 2009

Rupa-rupanya mereka itu sama saja.


Rasanya sape kaki baca komik or salu gi kedai buku mesti kenal buku ni.

Lagak Jakarta by Benny & Mice.

Actually, best lah jugak baca komik ni sebab dia banyak cerita pasal life kat Jakarta. sinis. sarkastik. lucu.

Walaupun first impression tengok buku ni buat aku teringat kat Lat. Gaya melukis, pemilihan font style, cara publish semua ikut gaya... Walaupun kawan-kawan aku kutuk buku ni MENIRU dan MENCIPLAK gaya Lat, tapi bagi aku takpelah.. aku memang suka gak layan komik gaya camni. Takkanlah kita bodoh2 lagi idiot nak pegi buat huru-hara claim ngan si Benny & Mice ni yg diorang maling gaya Lat.

Frankly speaking, aku suka baca. Santai. Funny. Aku dah plan untuk beli edisi lain, saja2 lah untuk melengkapkan koleksi walaupun buku ni relatif mahal harganya. Gambar di atas menunjukkan buku karya mereka milik aku.

Tapi,

taaaapiii...

TAAAPIIII...

Sejak aku nampak hasil karikatur Benny & Mice ni,
aku jadik berubah fikiran. Mulai sekarang aku dah tak berminat lagi dengan Benny & Mice. BANNED FOR MY LIFE!

Bagus-bagus dah ada peminat international, diorang tak reti lak nak buat gaya jaga hati international. Bagus lagi Lat. Betul2 meng-international-kan bukunya dengan bagus. Maka tak hairan lah majalah Lat sangat mahal hokey. My first thought when i saw this caricature of B&M, i thought they were real madafakah. Menyampah giler. K lah, aku dah bosan layan buku diorang. Lepas ni nak jual. Nak collect balik duit rugi aku terrrrsokong Benny & Mice ni tanpa sengaja.

Rupa-rupanya mereka berdua ni sama saja macam mereka. Useless. Ces.

p/s : Tak tahan tengok kebodohan sekor2 berlakon dalam drama JIRAN. Nak muntah nengok.
p/s : They, who act like assholes, dont deserve my respectation. Im in the mood of raging, anyway. Jangan layan.

Wednesday, October 7, 2009

Waroeng Nenek yang yeyek

Bangun jam 4pm, rasa lapar giler.
After jogging skejap perut rasa lapar. Puas lah dok pujuk2 Incik Latep bawak pegi makan. Waroeng Nenek jadik pilihan sebab, bak kata Latep, 'Ikan patin dia sedaappp!'

Jap2, korang tau tak Waroeng Nenek ni yang mana satu? Yang kat Ring Road tu... kat highway dekat2 tasbi 2.

ok.

So, kitorang sampai dalam jam 5pm lebih kot. Tak ramai orang pun kat situ. Kitorang ni kelompok customer yang ke-empat kot.

Time nak order tu, ktorang dah order Sambal hati (fevret latep!), Ikan patin penyet (pun fevret latep) dan ayam kremez (ntah mende laa 'kremez' tu. Nak femes je kot), dan nasi putih dan jus honeydew serta air teh manis dingin. So waiter tu pun blah laa gi dapur hantar pesanan.

After 10minit gitu dia datang ke meja kitorang, 'bang, Sambal hati nya gak ada bang'. Lorhh... kecewa lah laki saya. Dia punyalah mengidam sambal hati dah berminggu-minggu...Takpelah. Kitorang tukarlah pesanan jadik sambal udang.

Sambil tunggu-tunggu pesanan datang, kitorang tengok Spongebob dan Seluar Petak kat TV. Lawak giler!! Latep dah gelak2 layan.

Tetiba abang waiter tu datang balik, 'bang, maaf ya. Patin nya gak ada bang'. Aduhaiii... Kecewa lagi beliau. Kesiann.... Kenapa lah tak bagitau awal2 sekaligus?? Dah dua menu sandaran Waroeng Nenek yang kitorang nak rasa takde. Kalau bukan sebab ikan patin, kitorang tak datang tau ke sini!

Oklah, takpelahh (nasib dapat boifren jenis penyabar. Kalau kena kat menu aku, rasanya aku dah blah kot)... ktorang tukar lagi menu.. Amik ikan gurami bakar..
Sambung tengok TV. Masa tu, dalam hati memang dah tak senang dengan service kat Waroeng Nenek ni. Betul-betul macam nenek.

Then, dipendekkan citer, air dah sampai... Latep terus rembat jus aku dan rasa dulu. Pastu dia tolak. Tak sedap katanya. Hahaha. Amboii.. dah bantai cakap tak sedap lak ekk.. THen, aku nampak semut hitam yang gemuk dalam air... YEK! Sabar jelah! Dah ar aku ni penggeli sket. Buang semut, minum je air tu. Kalau aku mintak tukar air tu, risau lak kalau2 diorang gi ludah dalam air aku. Aku pasan, jus aku tu mcm pakai buah honeydew yang dah lebam... tak sedap (trust me, kat Medan ni, minumannya sangat sedap2 especially jus2 diorang. But waroeng nenek ni... hadoiiii..). Aku biasa minum yang lebih sedap dari yang aku minum sekarang. Serbuk2 warna putih2 mix dgn hitam pun ada dalam air tu... YEYEK.

Theennn... datanglah nasi dan lauk-pauknya... Hrmmmm..kecewa lagi. Ayam kremes aku tak seindah dalam gambar. hahaha, sngguh bodo sebab percaya gambar sgt. Ye la, dalam gambar rupanya macam garing and crunchy sangat macam ayam penyet Joko Solo yang sedappp.. Tapi yang aku dapat, macam kurang menyelerakan...dan SEJUK! (not to mention that they gave paha ayam, sedangkan aku order dada ayam. Bila di bagitau lagi, barulah ditukar. Lembab la waiter diorang ni)

Overall,
Sambal udang sedap!
Ikan gurami tak sedap. Ikan yang dah lama...
Ayam pun tak berapa sedap...

TIBA-TIBA kannn, dah nak separuh makan tu, baru aku pasan, Ada LALAT GORENG dalam ayam kremez aku! WTF???!!

YUCKSS... UWEK!

Giler geli siot... terus aku benti makan nasi dan tak minum air lagi. Air pun geli nak diminum sebab byk sgt sampah sarap tak dikenali dalam air jus aku (ntah apa benda keladak2 kaler hitam dan putih. Tak banyak mana pun, tapi mata aku tajam. Aku perati makanan aku beb). My first impression of this waroeng nenek now is totally suxx!

Oh. aku lupa gitau kalau kitorang tadi terpaksa makan sambil tangan tak brenti mengipas2 lauk. BANYAK GILER LALAT!

Hishh.. tanak dah ke sana lagi. Geli. Geli. GELI.
Bersih lagi waroeng Doa Ibu dan FKG. Kalau usha dapur dan orang yang memasak (dan kuku diorang), boleh tahan lah bersih. Tempat lain, tak jamin siott...

p/s: gambar lalat goreng sengaja tak diambil walaupun hati ni gatal sangat nak amik gambar lauk tambahan yang hebat tu. Tapi, biarlah... Tanak dah pegi sana. Pengotor.

P/s: I'm a food lover. I love to eat. I eat a lot. I dont care if my tummy bloats like a huge watermelon as long as the foods are delicious. Damnn.. I love nice foods! But not like this one. Gross.


Ah.. esok Ortho III. I LOVE ORTHO!!
pengsan aku....

Monday, October 5, 2009

IKAN BERTATU

Yep. u read it well. IKAN BERTATU. Ever heard of that? NO?

Jangan terkejut.

Few days ago, Latiff and i went fishing. Cayer tak? Haha. Ok2, so we went to some kind of aqua shop where they had lots of freshwater pet-fish and things for them. Masa tu ingat nak beli filter baru dan makanan ikan je....until i saw these funny fishes! They are small, bright colours and are wearing lipstick! Mulut mereka plak dok terjuih2 macam nak kejar nak cium-cium! hahahahahah.

Funny oh. Tapi sangat mahal... 75ribu rupiah sekor. Dalam RM25 lah kot sekor.. Tapi, disebabkan comel sangat, i tak pedulik. Nak gak! Nak tunjuk ke housemate dan bibik yang datang kemaskan rumah hari-hari. Nak tunjuk ikan ni pada kawan2 yg datang rumah... biar mereka pun terhibur tengok si kisser ni. Hohoho

Sampai je kat umah, i terus google and go find for more information on how to take care on these cute creatures. Camner lifestyles dia, apa dia makan, habit dan sifat dia, dan lain-lain.

I find out the result is surprising. This fish has long been a controversy. Dia takde nama saintifik, takde pengelompokkan ke spesis mana, or family or subfamily mana. This fish was human-made by mixing 'itu-ini' lalu menjadik seekor ikan yang rupanya pelik (tapi cute) dan berbibir angelina jolie. They dont exist in the wild. Some aquarists wouldnt want to keep this fish as its not some kind of original thing. So, takde natural beauty lah konon.. Ikan ni hanya dikenali sebagai Blood parrot fish. Ada sestengahnya lagi siap boikot lagi. Kempen suh jangan beli.

Theeennnnn.... I nampak gambar2 ikan ni kaler biru satu badan. Ada yang kaler kuning, merah, hijau.. Satu badan. You know why? Because THEY ARE DYED.... *isk, isk*

Pastu i nampak lagi ikan2 yg ada corak motif bunga kat badan dia. Yang ni lak sebab kena TATTOOED by laser. Fuh! Hebat lah teknologi sekarang. Boleh tatu ikan. Termasuklah ikan peliharan saya.


'Siap boleh tatu I LOVE YOU' n bunga-bunga lagi!


Immediately i feel verrryyy kasiaaannn for this unfortunate makhluk Allah as the forum-site said, their long span is reduced by the tattooing proccess. Tak faham gak nape. Tapi, ikan yang saya beli tu macam ikan ciplak lah kan? No wonder la Nadia my housemate said ikan i tak macam ikan real. Nampak macam patung (that time she said that sebab dia kata cute sangat. Taktau lah kalau instinct dia mmg boleh detect keplastikan ikan).

Oh bukan ikan parrot ni je yang kena tatu. Banyak lagi yang dah kena. Contohnya, ikan molly, gurami.... haiyyohhh... manusia, manusia... Kalau aku jadi binatang tu, mesti aku jerit HARAMMM!!

Mula-mula saya letak ikan parrot ni ke dalam tank spesial bekas si Flyer tinggal dulu... Tapi sejak mengetahui sifatnya yang tidak asli, saya telah pindahkan mereka ke tangki besar yang mengandungi ikan-ikan lain. Di-downgraded-kan. Ikan emas lak yang upgrade masuk aquarium Flyer.

Ini ikan saya. Meet my new Revlon, Anna and Gucci (belang-belang).

So now, I still pelihara ikan emas lagi dalam bilik, walaupun sejak kematian Flyer dulu, saya konon-konon berkata tanak lagi pelihara ikan emas. Heheheh. Ikan emas yang baru ni spesis murah je. Flyer dulu jenis mahal tau.. saiz dia lagi, memang mahal kalau dijual. Patah tumbuh, Hilang berganti..

Related Posts with Thumbnails